web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Batal Canal City Untuk Selamatkan Aset Selangor  - Khalid Ibrahim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Dec 2021 3:00PM

Lakaran peta Projek Canal City yang diilhamkan pada zaman BN ketika parti itu mentadbir Selangor pada 2009.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Projek pembinaan Canal City terpaksa dibatalkan oleh kerajaan negeri Selangor pada 2009 demi menyelamatkan aset negeri itu daripada terjual kepada syarikat swasta, susulan perjanjian yang berat sebelah.

Perkara itu didedahkan oleh bekas Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menegaskan, kerajaan negeri di bawah pentadbirannya akan dikecam rakyat sekiranya syarikat swasta gagal melaksanakan tanggungjawab diberikan.

“Sepanjang memegang jawatan Menteri Besar, saya berusaha menyelamatkan aset negeri yang terjual melalui perjanjian usahasama berat sebelah, apabila syarikat swasta mendapat pulangan lumayan sedangkan kerajaan negeri terpaksa menanggung tanggungjawab setelah projek tersebut gagal. 

“Pada  hemat saya, negeri Selangor telah menanggung terlalu banyak kerugian akibat perjanjian sedemikian. Namun begitu, telah dipastikan semua keputusan pembatalan projek dibuat dengan telus dan teratur, berdasarkan laporan di samping kajian jabatan kerajaan yang berkenaan,” katanya, hari ini.

Abdul Khalid Ibrahim
Abdul Khalid Ibrahim

Beliau berkata demikian selepas bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin menjelaskan fakta sebenar pembatalan projek Canal City bagi menjawab kenyataan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak di laman sosialnya mengenai isu tersebut.

Sehubungan itu, Khalid yang juga bekas Ahli Parlimen Bandar Tun Razak merakamkan penghargaan kepada Faekah atas penerangan jelas berkenaan pembinaan projek Canal City.

Abdul Khalid berkata, biarpun pembatalan itu dilakukan kerajaan negeri Selangor di bawah pimpinannya namun, beliau sentiasa melakukan perkara terbaik demi rakyat.

"Walaupun pentadbiran saya tidak sempurna, namun telah cuba berikan yang terbaik kepada rakyat ‘the best value for the people’. Adakalanya keputusan saya tidak popular dalam kalangan rakan politik, apatah lagi syarikat-syarikat swasta, tapi saya yakin rakyat Selangor bijak membuat penilaian tentang apa yang terbaik.

"Saya mengambil kesempatan menyeru kepada seluruh rakyat khusus di Selangor untuk terus berdoa agar mangsa banjir diberikan kekuatan dan kesabaran di dalam menempuh ujian genting ketika ini. Semoga Allah SWT merahmati segala amalan dan usaha kita," katanya.

Terdahulu, Faekah menerusi kenyataan memaklumkan Projek Canal City yang diilhamkan di zaman Barisan Nasional (BN) mentadbir Selangor dibatalkan kerajaan negeri pada 2009, kerana merugikan rakyat dan hanya akan menguntungkan syarikat swasta terbabit.

Beliau yang juga bekas Ketua Pegawai Eksekutif Menteri Besar Incorporated (MBI) menjelaskan, Najib seolah-olah memusingkan fakta dan menuduh, banjir besar yang melanda Selangor berpunca daripada pembatalan projek berkenaan oleh kerajaan Pakatan Rakyat.

“Walaupun benar projek berkenaan telah dibatalkan oleh Abdul Khalid, namun Ahli Parlimen Pekan gagal menyatakan sebab utama pembatalan projek tersebut.

"Beliau (Najib) gagal menghitung kerugian yang ditanggung kerajaan dan rakyat Selangor, apabila projek tersebut dianugerahkan kepada syarikat swasta melalui konsep usahasama dengan anak syarikat kerajaan negeri. Tidak juga disebut keuntungan besar dan bakal diraih oleh syarikat swasta berkenaan.

Pada masa sama, Faekah turut mendedahkan Najib juga membuat “u-turn” selepas menyatakan RM3 billion telah diperuntukkan kerajaan Barisan Nasional (BN) ketika mentadbir Selangor.

“Adalah tidak benar bahawa peruntukan RM3 billion telah diperuntukkan bagi projek tersebut kerana ia adalah projek usahasama antara syarikat swasta dan anak syarikat kerajaan negeri.

"Saya tidak mengharapkan beliau mempunyai maklumat terperinci projek tersebut kerana ia adalah di bawah pentadbiran kerajaan negeri tapi tidak molek bagi Yang Berhormat Pekan tiba-tiba mengeluarkan kenyataan salah sedemikian," katanya. - Getaran, 29 Disember 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 21 minit yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 56 minit yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini