web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rugi RM210 Juta Akibat Penangguhan Umrah - BUMITRA

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 7:10PM

Harun (tengah) bercakap di sidang media berkaitan implikasi kerugian yang akan ditanggung oleh pengendali syarikat pelancongan dan jemaah umrah. - Gambar oleh Syeda Imran

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Industri pelancongan negara membabitkan ibadat umrah dianggarkan mengalami kerugian lebih RM210 juta bulan ini susulan penangguhan diputuskan kerajaan berkuat kuasa 8 Januari akibat penularan varian Omicron COVID-19.

Ketua Setiausaha Agung Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Ab Rahman Mohd Ali berkata, setakat ini 10,000 jemaah sudah berdaftar untuk menunaikan umrah bermula bulan ini dan agensi terbabit bakal menanggung kerugian tersebut apabila ibadat berkenaan tidak dapat dilaksanakan.

Menurutnya, jika ia berlanjutan sehingga Ramadan, nilai kerugian akan menjadi semakin besar kerana membabitkan lebih ramai bakal jemaah yang telah membuat tempahan dan pembayaran kepada agensi pelancongan.

“Kalau nak diikutkan, jumlah kerugian termasuk penerbangan dan hotel adalah RM6,900 satu kepala. Maka, jemaah secara langsung mengalami kerugian kewangan yang besar, khususnya jika telah membuat tempahan dan pembayaran kepada agensi pelancongan.

“BUMITRA berharap kerajaan dapat menunda keputusan berkenaan bagi membenarkan orang ramai dalam konteks Keluarga Malaysia ini untuk menunaikan ibadat umrah,” katanya kepada media ketika ditemui di ibu pejabatnya, di sini, hari ini.

Turut hadir sama, Presiden BUMITRA, Harun KC Ahmmu.

Apa yang perlu dilakukan jelas Ab Rahman, ialah mengetatkan semua prosedur operasi standard (SOP), bukan menangguhkan ibadat berkenaan.

Ab Rahman Mohd Ali - Gambar oleh Syeda Imran
Ab Rahman Mohd Ali - Gambar oleh Syeda Imran

Mengulas lanjut, beliau berkata, keputusan penangguhan tersebut disifatkan sebagai drastik di samping memberi tekanan kepada jemaah disebabkan hampir 80 peratus daripada kos umrah perlu ditanggung oleh mereka.

“Penundaan ini juga melibatkan kos pembatalan tinggi yang akan ditanggung oleh jemaah umrah, atas dasar pembayaran telah dibuat oleh pihak agensi pelancongan kepada pembekal, termasuk melibatkan kos penerbangan dan penginapan.

“Pada masa sama, ia turut menyebabkan berlaku penempahan semula bagi mereka yang telah membuat tempahan sebelum ini,” katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Ab Rahman tidak menafikan pengusaha kecil umrah turut berdepan risiko gulung tikar susulan lanjutan larangan umrah dan penggantungan sementara visa oleh kerajaan Arab Saudi.

Apa yang mengecewakan, beliau menjelaskan perniagaan semua ahli BUMITRA baru sahaja bermula setelah sekian lama menghentikan operasi.

“Keadaan ini memang sukar, sebenarnya kita berharap pihak Kementerian Kesihatan (KKM) berbincang dengan kita atau persatuan secara lebih terperinci untuk melihat implikasi kerugian.

“Bila berlaku begini akan ada yang berusaha mengambil tindakan undang-undang untuk menuntut wang mereka, jadi diharap apa sahaja kerugian ditanggung oleh jemaah dan agensi wajar diambil kira,” katanya. - Getaran, 3 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Selebriti 4 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

2

Video & Galeri 5 bulan yang lalu

Susuk Tubuh Yang Tinggi Curi Tumpuan Jemaah Umrah

3

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jutaan Umat Islam Menunaikan Umrah Sempena Ramadan

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Sabarlah, Sesungguhnya Allah Bersama Orang Yang Sabar...

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 22 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 40 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global