web statsweb stats

Berita Terkini

14 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Larangan Umrah, Kerajaan Seperti ‘Diskriminasi’ Ibadah Umat Islam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jan 2022 8:43PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’ digesa mengkaji semula penambahan kos luar biasa jemaah umrah yang perlu dikuarantin di hotel seperti ditetapkan kerajaan, bermula hari ini.

Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu berkata, kos tambahan itu dilihat tidak masuk akal malah amat membebankan jemaah yang baru pulang ke tanah air.

Harun KC Ahmmu - Gambar Syeda Imran
Harun KC Ahmmu - Gambar Syeda Imran

Sekiranya perkara tersebut tidak diambil tindakan tegas, beliau menjelaskan, ia akan memberi kesan negatif dan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam.

"Difahamkan kos untuk kuarantin adalah RM250 hingga RM350 semalam untuk seorang dan jika dikira untuk tujuh hari, maka kosnya antara RM700 hingga RM2,450 seorang jemaah. Perkara ini menjadi persoalan kepada kami mengapa tiba-tiba ia naik mendadak, berbanding  RM150 sebelum ini.

“Kos kuarantin tidak terkandung dalam pakej umrah, menyebabkan jemaah yang tidak berkemampuan atau mempunyai wang mencukupi menghadapi kesukaran dalam melalui proses kuarantin di hotel seperti ditetapkan Agensi Pengurusan Bencana (NADMA),” katanya kepada media di sini, hari ini.

Turut hadir, Ketua Setiausaha Agung BUMITRA, Ab Rahman Mohd Ali.

Kelmarin, kerajaan menangguhkan kebenaran mengerjakan umrah bermula 8 Januari bagi membendung penularan varian Omicron.

Khairy Jamaluddin - Gambar fail
Khairy Jamaluddin - Gambar fail

Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dilaporkan berkata, ia susulan kebimbangan penularan varian berkenaan akibat ketidakpatuhan jemaah umrah kepada prosedur kuarantin di kediaman masing-masing, sehingga membawa kepada jangkitan dalam kalangan ahli keluarga.

Dalam perkembangan berkaitan, Harun turut meluahkan kekecewaan kerana berlakunya diskriminasi antara jemaah umrah dan individu yang melancong ke negara lain.

“Saya pelik kalau jemaah umrah ini ditangguhkan, mengapa mereka yang pergi ke United Kingdom atau ke negara lain dibenarkan sedangkan mereka juga sedang mengalami peningkatan kes disebabkan varian Omicron. Kita faham kerisauan itu namun mengapa hanya ibadat umat agama Islam ini sahaja dilarang. 

“Ini satu perkara yang tidak adil buat pihak kami. Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan Khairy perlu melihat semula larangan itu kerana beliau seorang beragama Islam, apa yang dilakukan oleh jemaah umrah adalah perjalanan menunaikan ibadah dan bukannya pergi melancong,” katanya.

Beliau menarik perhatian, koordinasi dan kerjasama selaras antara agensi kerajaan dalam menguruskan ketibaan jemaah umrah perlu diperhalusi, bagi membolehkan kelemahan sedia ada diperbaiki.

Pada masa sama, Harun berkata, kerajaan perlu menambah baik saringan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) untuk mengelakkan kesesakan di kaunter saringan.

"Cadangan ini adalah untuk pengendalian khusus kepada jemaah umrah warga emas. BUMITRA turut memberi cadangan mengenai caj pembayaran pusat kuarantin hotel iaitu memohon kadar RM150 sehari bagi setiap jemaah, untuk meringankan beban kerana kos ditetapkan pada masa ini amat tinggi berbanding yang ditetapkan kerajaan, sebelum ini.

“Kerajaan perlu meneliti kos kerugian yang ditanggung oleh jemaah umrah atas penangguhan ibadat berkenaan, malah syarikat tidak akan memulangkan tambang penerbangan kerana ketika ini mereka hanya memberi peluang kepada agensi pelancongan membuat tempahan semula,” katanya.

Tambah beliau, kajian semula perlu dilaksanakan oleh KKM serta Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) mengenai implikasi yang diterima jemaah dan pengendali umrah disebabkan keputusan terburu-terburu kerajaan.

Harun turut memaklumkan, antara kerugian yang dikenal pasti ekoran keputusan penangguhan itu adalah kos pembatalan atau penangguhan tiket penerbangan, hotel penginapan dan caj pembayaran visa umrah kepada muasasah di Arab Saudi.

"Sebahagian besar jemaah umrah yang akan menunaikan ibadat ini adalah mereka yang tertangguh akibat penularan pandemik COVID-19 dan penutupan sempadan Arab Saudi yang dibuat pada 20 Mac 2020.

"Visa umrah yang dikeluarkan biasanya hanya sah selama sebulan dan sekiranya ditangguhkan tanpa tempoh masa, maka kita bimbang ia perlu diperbaharui semula dengan kos tambahan kepada jemaah umrah," katanya. - Getaran, 3 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 23 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 23 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 53 minit yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 14 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah