web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Selepas Dikecam, Kerajaan Tanggung Kos Kuarantin Jemaah Umrah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Jan 2022 8:21PM

Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Segala kos kuarantin bagi jemaah umrah yang tiba di tanah air setelah pulang dari tanah suci Makkah akan ditanggung sepenuhnya oleh kerajaan.

Mereka yang tergolong di bawah kategori person under surveillance (PUS) perlu disahkan memiliki keputusan negatif menerusi saringan ujian COVID-19 dijalankan oleh Kementerian Kesihatan (KKM).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Tugas-Tugas Khas), Datuk Dr Abdul Latiff Ahmad berkata, keputusan itu dibuat setelah meneliti kebimbangan dalam kalangan jemaah terhadap kos tambahan apabila menjalani tempoh kuarantin nanti.

Menurut beliau, jemaah mempunyai pilihan sama ada berurusan terus dengan stesen kuarantin swasta yang boleh dirujuk melalui senarai disediakan Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) atau stesen kuarantin diselenggara kerajaan.

“Bagi penempatan kuarantin yang diurus kerajaan, PUS akan ditempatkan di hotel atau Pusat Latihan Awam bergantung kepada ketersediaan bilik pada hari ketibaan.

“Bagi pilihan ini, kos urusan kuarantin ditanggung oleh pihak kerajaan termasuk makan, minum serta pengangkutan dari lapangan terbang. Tempoh kuarantin adalah seperti yang ditetapkan KKM,” katanya, hari ini.

Sebelum ini, semua jemaah perlu menjalani kuarantin kendiri di kediaman masing-masing selepas pulang daripada umrah.

Bagaimanapun, Menteri Kesihatan, Khairy Jamaludin berkata, ketidakpatuhan prosedur operasi standard (SOP) jemaah dalam menjalani kuarantin di rumah dikenal pasti sebagai antara faktor yang menyumbang kepada penularan virus itu dalam kalangan ahli keluarga.

Menurutnya, ini berlaku apabila berlaku ziarah antara saudara mara atau kenalan ke kediaman jemaah.

Semalam Getaran melaporkan, Presiden Persatuan Syarikat Pengendalian Pelancongan Bumiputera Malaysia (BUMITRA), Harun KC Ahmmu turut meminta kerajaan supaya mengkaji semula penambahan kos luar biasa jemaah umrah yang perlu dikuarantin di hotel seperti ditetapkan kerajaan bermula semalam.

Katanya, kos tambahan itu dilihat tidak masuk akal malah amat membebankan jemaah yang baru pulang ke tanah air.

Perkara tersebut tidak diambil tindakan tegas katanya, akan memberi kesan negatif dan mencalarkan imej Malaysia sebagai sebuah negara Islam. - Getaran, 4 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

2

Selebriti 4 bulan yang lalu

Puteri Sarah Tunai Umrah Lagi, Kali Ini Bersama Ibu Bapa 

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tiada Kompromi Untuk Pihak Sengaja Cetuskan Isu 3R - Menteri

4

Ekonomi 5 bulan yang lalu

PADU Tingkatkan Pemahaman Kerajaan Terhadap Kesejahteraan Isi Rumah - Penyelidikan MIDF

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 16 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki