web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


10 Termasuk Datuk Ditahan, Sindiket Pelaburan Forex Tumpas

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 05 Jan 2022 9:50PM

Mohd Kamarudin Md Din bersama kenderaan mewah yang dirampas dalam serbuan di beberapa negeri, Sabtu lalu. - Gambar ihsan PDRM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu sindiket penipuan pelaburan Forex GCG Asia secara dalam talian, tumpas dengan tangkapan 10 individu, termasuk dalang utama bergelar Datuk.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, dalang utama berusia 40 tahun itu ditahan bersama sembilan lagi individu, termasuk seorang wanita berusia antara 29 hingga 64 tahun dalam serbuan di sekitar ibu kota, Perak, Selangor, Melaka dan Johor, Sabtu lalu.

"Hasil serbuan, pihak kami berjaya merampas sembilan kereta mewah membabitkan dua Toyota Vellfire dan masing-masing sebuah Mercedes Benz C200, Lamborghini, Porsche Taycan 4S, BMW X3, Toyota Aplhard, Volkswagen Jetta dan Bentley dengan nilai keseluruhan RM4.6 juta.

"Turut dirampas pelbagai barangan termasuk 64 jam tangan pelbagai jenama bernilai RM98.9 juta, lima jongkong emas seberat lima kilogram (kg) (RM1.45 juta), satu kad persatuan bekas polis, mata wang kripto berjumlah RM21.4 juta serta wang tunai berjumlah RM100,800," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat JSJK di Menara KPJ, di sini, hari ini.

Mohd Kamarudin Md Din pada sidang media, hari ini.
Mohd Kamarudin Md Din pada sidang media, hari ini.

Beliau berkata, nilai keseluruhan  rampasan dalam operasi itu dianggarkan mencecah RM127 juta.

Katanya, siasatan mendapati dalang itu hanya bergelar Datuk, namun menggunakan gelaran Datuk Seri untuk menjalankan operasi sindiket.

"Sindiket berkenaan didapati beroperasi pada 2018 dan didalangi seorang Datuk yang mempunyai kelulusan ijazah sarjana muda dalam bidang pentadbiran perniagaan.

"Kita juga sedang mendapatkan pengesahan sama ada suspek pernah berkhidmat sebagai anggota polis, susulan rampasan kad persatuan berkenaan," ujarnya.

Mengulas lanjut Mohd Kamarudin berkata, mereka yang ditahan masing-masing berperanan sebagai broker, agen pencari pelabur, pengurus kewangan dan pemilik akaun.

Tambahnya, sindiket ini mempromosikan pelaburan berasaskan forex, menggunakan modal minimum AS$100 (RM420) dengan kadar pulangan secara mingguan antara 12 hingga 14 peratus daripada jumlah modal dilaburkan.

Antara barang-barang yang dirampas dalam serbuan di beberapa negeri, Sabtu lalu.
Antara barang-barang yang dirampas dalam serbuan di beberapa negeri, Sabtu lalu.

Difahamkan, dalang utama itu mencipta laman sesawang pelaburan dengan mengupah 'programmer' untuk digunakan mangsa bagi melihat keuntungan pelaburan mereka, tanpa berpeluang memindah atau menunaikan semua hasil diperoleh.

"Mangsa hanya menyedari mereka ditipu selepas sindiket berkenaan memutuskan komunikasi, sebaik mendapat jumlah pelaburan besar dan memberhentikan operasi skim pelaburan secara tiba-tiba.

"Pelabur yang tidak berpuas hati akan merasa diperdaya kerana tidak mendapat pulangan keuntungan dijanjikan. Setakat ini, sebanyak 23 laporan diterima berkaitan sindiket pelaburan itu dengan nilai kerugian keseluruhan berjumlah RM2.9 juta," katanya.

Dalam pada itu beliau berkata, empat daripada sepuluh suspek disahkan mempunyai rekod jenayah berkaitan penipuan.

"Sembilan suspek direman hingga hari ini, manakala reman lagi seorang tamat semalam. Kita akan sambung tempoh reman mereka.

"Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 serta Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959," katanya. - Getaran, 5 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad