web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Lelaki Dipenjara 5 Bulan Lindungi Long Tiger

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Jan 2022 3:00PM

Tertuduh dijatuhkan hukuman penjara lima bulan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Seorang lelaki berperwatakan wanita dipenjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini selepas mengaku bersalah melindungi lelaki Rohingya, Abdul Hamim Ab Hamid atau Long Tiger, penghujung tahun lalu.

Tertuduh, Rusli Mat, 47, membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan terhadapnya di hadapan Majistret, Nurul Ainna Ahmad.

Berdasarkan kertas pertuduhan, Rusli didakwa mengetahui Long Tiger melarikan diri daripada jagaan polis, namun melindungi lelaki itu dengan niat mengelakkannya ditangkap.

Kesalahan itu didakwa dilakukan kira-kira jam 3.15 petang di sebuah kediaman di Nombor 854A Kebun Tebu, Jalan Kuala Ketil pada 28 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khairul Azreem Mamat dan Zulfadzly Hassan mengikut Seksyen 216 Kanun Keseksaan, manakala tertuduh diwakili peguam Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Ruzanna Abdul Rahim.

Mengikut fakta kes, Long Tiger yang melarikan diri dari Mahkamah Tangkak di Johor pada 15 Disember 2021, menghubungi tertuduh pada 18 Disember 2021 kira-kira 10 pagi memaklumkan mahu menumpang di rumahnya, sementara menunggu hari untuk lari ke Indonesia.

Long Tiger kemudian didakwa tiba ke rumah Rusli kira-kira pukul 8.45 malam hari sama dan menumpang di situ selama 11 hari.

Tertuduh didakwa dengan rela hati memberi kebenaran kepada Long Tiger untuk menyembunyikan diri daripada polis, sementara menunggu tekong membawa lelaki itu ke Indonesia.

Bagaimanapun, kira-kira jam 3 petang pada 28 Disember lalu, ketika kedua-dua mereka berada di rumah berkenaan, sepasukan polis tiba untuk menahan Long Tiger.

Polis terpaksa mengetuk pintu rumah beberapa kali dan memperkenalkan diri, namun tertuduh didakwa tidak membuka pintu serta gagal memberikan kerjasama.

Susulan tindakan itu, Rusli didakwa sengaja melindungi Long Tiger dengan niat hendak mengelakkannya daripada ditangkap.

Majistret memerintahkan supaya hukuman penjara lima bulan tersebut berjalan bermula tarikh tertuduh ditangkap. - Getaran 9 Januari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Lelaki Didakwa Bunuh Ibu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Miza Ozawa Dipenjara 2 Bulan

3

Semasa 2 minggu yang lalu

Najib Kawal Penuh Semua Aspek SRC - Bekas Pengarah

4

Semasa 3 minggu yang lalu

Bapa Pukul 2 Anak Dipenjara 8 Bulan

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Eksport Halal Negara Cecah RM54 Bilion Tahun Lepas

Semasa 3 jam yang lalu

Bom Mortar Dijumpai Dalam Rumah Sewa

Semasa 1 hari yang lalu

Tak Rasmi - PN Pertahan Kerusi DUN Sungai Bakap

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Audit HRD Corp: SPRM Kenal Pasti Bebeapa Individu Untuk Bantu Siasatan

oleh Wartawan Getaran