web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


'Ada Orang Masukkan Sesuatu Dalam Minuman Saya' - ADUN Pasir Bedamar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 8:31PM

Terence Naidu - Gambar dari Facebook Terence Naidu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Bedamar, Terence Naidu mendakwa ‘diperangkap’ seseorang yang memasukkan sesuatu ke dalam minumannya ketika beliau mengunjungi sebuah pusat hiburan di Perai, baru-baru ini.

Terence berkata, beliau mengunjungi premis itu selepas dipelawa rakan yang juga kliennya untuk makan bersama bagi meraikan Tahun Baharu Cina.

“Saya teragak-agak untuk masuk ke premis terbabit, namun akhirnya bersetuju.

“Ketika serbuan, saya terkejut apabila dimaklumkan ujian air kencing saya positif kerana saya ini merokok pun tidak,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Menceritakan kejadian itu, Terence berkata, ketika berada di premis berkenaan, beliau dihidangkan minuman ‘aneh’ dan sempat merasainya sedikit.

Jelasnya, sehari selepas penahanan itu, beliau dimaklumkan seorang saksi bahawa terdapat individu mencurigakan yang mengisi gelas minumannya ketika beliau ke tandas.

“Selepas dibebaskan daripada tahanan, saya membuat laporan polis mengenai kejadian tersebut dan saksi itu juga sudah memberi kenyataan kepada pihak berkuasa.

“Saya akan tetap mempertahankan diri untuk membuktikan bahawa saya tidak bersalah,” katanya.

Pada masa sama, wakil rakyat yang sudah berkhidmat selama dua penggal di Pasir Bedamar itu memohon maaf kepada pengundi kawasan itu, selain berjanji akan terus menjalankan tanggungjawab sebaik mungkin.

Malah, beliau memaklumkan akan memberikan penjelasan kepada DAP Perak berhubung perkara itu dan bersedia berdepan segala kemungkinan hukuman daripada parti, termasuk tindakan tatatertib.

“Sebagai wakil rakyat bertanggungjawab dan dilantik di bawah bendera parti, saya bersedia melindunginya daripada sebarang masalah serta bersedia sekiranya digantung keahlian, supaya parti tidak terheret dalam kes ini,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan, seorang ADUN Perak antara ditahan dalam serbuan dijalankan sepasukan anggota polis dari Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman. 

Dalam serbuan kira-kira jam 9 malam itu, seramai 48 individu ditahan dengan 36 daripadanya berkaitan kes narkotik, manakala 12 berhubung kes jenayah. - Getaran, 15 Januari 2022
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 16 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang