web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


AG Perlu Jelaskan Jika Wujud Kompromi Siasatan SPRM, SC

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 Jan 2022 3:58PM

Gobind Singh Deo - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam Negara, Tan Sri Idris Harun digesa memberi penjelasan sama ada akan wujud kompromi atau konflik dalam siasatan dilakukan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Suruhanjaya Sekuriti (SC), apabila saling menyiasat antara satu sama lain.

Perkara itu perlu dilaksanakan Idris berikutan timbulnya skandal pemilikan saham membabitkan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki yang sedang hangat diperkatakan.

Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo berkata, SC dilaporkan pada 6 Januari lalu akan berhubung dengan Azam tentang perkara terbabit.

Lima hari kemudian, beliau menjelaskan, SPRM pula dilaporkan menerima aduan salah laku berkenaan individu tertentu dalam pengurusan tinggi dan lembaga pengarah SC.

“Idrus harus menjelaskan bagaimanakah pihak SPRM dan SC boleh menyiasat dengan betul antara satu sama lain, terutamanya apabila siasatan berkenaan melibatkan pegawai tertinggi di kedua-dua institusi yang mana aduan telah dibuat ke atas mereka.

“Kelihatan seolah-olah SC dan SPRM sedang menyiasat antara satu sama lain pada ketika ini. Peguam Negara mesti nyatakan sama ada wujudnya konflik atau kemungkinan siasatan akan dikompromikan atau dilihat sebagai dikompromikan di dalam keadaan sedemikian,” katanya, hari ini.

Azam Baki
Azam Baki

Azam berdepan siasatan SC selepas beliau mengaku akaun miliknya digunakan adiknya, Nasir Baki, bagi memperoleh saham berkenaan, namun menafikan sebarang salah laku. 

Jurucakap SC menegaskan pihaknya telah meminta semua pihak yang terbabit, termasuk Azam bagi memberi penjelasan serta mengesahkan kenyataan dibuat, selain mengumpul sebarang bukti berkaitan.

Ekoran itu, banyak pihak mendesak Azam bercuti sementara atau berundur bagi memberi ruang siasatan dijalankan.

Tidak lama kemudian, SPRM pula dilaporkan menerima aduan melibatkan salah laku dan jenayah rasuah oleh pengurusan tertinggi SC serta ahli Lembaga Pengarahnya.

Menurut sumber daripada SPRM, laporan tersebut kini dalam peringkat kajian, sebelum siasatan lanjut dibuat.

Dalam pada itu, Gobind menegaskan, Azam masih bertanggungjawab atas arahan, kawalan dan penyeliaan semua perkara yang berkaitan dengan suruhanjaya itu memandangkan beliau masih menyandang jawatan Ketua Pesuruhjaya SPRM.

“Azam kekal sebagai ketua SPRM. Seksyen 5 Akta SPRM menyatakan bahawa ketua SPRM bertanggungjawab ke atas arahan, kawalan dan penyeliaan semua perkara yang berkaitan dengan suruhanjaya itu,” katanya.

Pada masa sama, beliau mempersoalkan apakah individu yang terlibat dalam laporan salah laku SC masih dapat menentukan bagaimana siasatan dijalankan di suruhanjaya itu, memandangkan ia membabitkan pengurusan tinggi dan lembaga pengarah agensi terbabit.

“Adakah Peguam Negara berpendapat bahawa siasatan dalam keadaan sedemikian adalah wajar dan menyakinkan.

“Dia mesti juga menerima bahawa sekiranya sesuatu kes diteruskan ke mahkamah sebagai akibat daripada penyiasatan ini, isu yang berkaitan dengan konflik dan kompromi juga boleh timbul yang mungkin ada kesan terhadap perbicaraan itu,” katanya.

Sehubungan itu, Gobind mengharapkan agar Idris dapat menjelaskan perkara ini kepada masyarakat awam.

“Peguam Negara mesti bersuara dan menjelaskan perihal ini. Adakah ini wajar dan jika tidak apa yang telah beliau lakukan berkaitan hal ini,” katanya. - Getaran, 16 Januari 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 2 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi