web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pelajar Dihidang Nasi Putih, Kuah - Bukti Bajet RMT Perlu Dinaikkan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jan 2022 6:00PM

Gambar hiasan Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan (KPM) digesa menaikkan peruntukan Rancangan Makanan Tambahan (RMT) bagi mengelakkan kualiti hidangan diberikan menerusi program itu terjejas dan mengelakkan pengusaha kantin ‘pening kepala’.

Mantan Menteri Pendidikan, Dr Maszlee Malik, berkata adalah tidak wajar untuk mengekalkan kadar peruntukkan RMT sedia ada, iaitu RM2.50 sekepala di saat negara dihimpit kenaikan harga barang.

Katanya, jika kadar itu tidak dinaikkan, beliau khuatir ia akan menjejaskan kualiti makanan untuk murid dan pada masa sama, terus memberi tekanan kepada pengusaha kantin.

“Di atas sebab inilah saya menggesa supaya KPM menaikkan kadar RMT supaya anak-anak kita dapat menikmati makanan berkualiti.

“Persatuan Pengusaha Kantin Sekolah Malaysia juga dapat menyediakan perkhidmatan terbaik tanpa menjejaskan kos mereka,” tegasnya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Sebelum ini, Menteri Pendidikan, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin menegaskan, pihaknya memandang serius berhubung satu dakwaan dikemukakan seorang pemilik Facebook bahawa RMT menghidangkan nasi putih dan kuah kepada pelajar di sebuah sekolah, semalam.

Maszlee Malik - Gambar fail
Maszlee Malik - Gambar fail

Menurut beliau, siasatan lanjut dan lebih terperinci mengenai dakwaan itu akan dilaksanakan demi memastikan kebajikan pelajar terjaga.

Jelasnya, KPM sama sekali tidak berkompromi dalam hal yang membabitkan kebajikan murid.

Terdahulu, pemilik akaun media sosial itu memuat naik gambar makanan didakwa dibawa pulang cucu saudara dari sekolah.

Menerusi hantaran itu, individu terbabit mendakwa, kanak-kanak berkenaan memaklumkan kepada ibunya bahawa sajian diterima adalah makanan RMT.

“Sadis betul. Makanan apa yang diberi untuk budak-budak dekat sekolah? Adakah peruntukan RMT terlalu sedikit sampai pengusaha kantin beri makanan begini kepada budak-budak.

“Sebelum ini budak-budak mengadu makanan RMT tidak sedap, kita pun beritahu kena bersyukur sebab masih ada makanan. Tetapi, ini makanan untuk siapa? Ayam? Tidak tahu salah siapa dalam hal begini,” katanya.

RMT diperkenalkan sejak beberapa tahun lalu sebagai usaha KPM membantu meningkatkan taraf pemakanan dan kesihatan murid sekolah rendah dalam kalangan memerlukan.

Program itu dilaksanakan di sekolah rendah di seluruh Malaysia dan menjadi inisiatif bersepadu serta selaras dengan usaha menggalakkan kesihatan dan pemakanan kanak-kanak. - Getaran, 20 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi