web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


#TangkapAzamBaki, Rakyat Perlu Bangun Perangi Korupsi - Siti Kasim

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jan 2022 2:24PM

Salah seorang peserta yang hadir pada perhimpunan #TangkapAzamBaki di Bangsar, hari ini. - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Peguam, Siti Zabedah Kasim dilihat turut hadir bagi memberikan sokongan kepada perhimpunan #TangkapAzamBaki di sini hari ini.

Beliau yang juga dikenali sebagai Siti Kasim berkata, pihaknya amat bangga dengan anak muda yang bertindak mengelola perhimpunan tersebut.

Siti Kasim
Siti Kasim

Katanya, acara seumpama itu perlu diadakan, sebagai manifestasi terhadap keadaan negara yang sedang 'sakit', apabila menggunakan agensi kerajaan untuk menghalang rakyat menyuarakan hak mereka.

"Adakah hanya kerana satu orang mereka patut gunakan agensi kerajaan (menghalang perhimpunan)? 

“Kita rakyat Malaysia harus bangkit untuk melawan korupsi yang berlaku di negara,” katanya ketika ditemui di perhimpunan tersebut, di sini, hari ini. 

Dalam pada itu, pemantauan Getaran mendapati demontrasi jalan raya mendesak penahanan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sri Azam Baki itu masih lagi terkawal tanpa sebarang provokasi dengan perarakan menuju ke Brickfields sambil melaungkan slogan ‘Tangkap Azam Baki’.

Kumpulan peserta yang memakai baju hitam itu turut membawa kain rentang dan sepanduk yang tertera beberapa slogan anti kerajaan, antaranya 'Tangkap Azam Baki' dan lakaran imej Ketua Pesuruhjaya SPRM itu.

Namun, Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner (ACP) Amihizam Abdul Shukor berkata, pihaknya hanya membenarkan penganjur perhimpunan #TangkapAzamBaki menggunakan Jalan Bangsar bagi berarak secara aman.

Beliau berkata, para peserta hanya dibenarkan berarak kira-kira 500 meter daripada lokasi mereka berkumpul di stesen LRT Bangsar.

Amira Aisya Abdul Aziz
Amira Aisya Abdul Aziz

Dalam pada itu, Setiausaha Agung MUDA, Amira Aisya Abdul Aziz ketika ditemui Getaran berkata, pelbagai pihak dan agensi kerajaan perlu bersama memandang isu ini dengan serius kerana jelas telah mencemarkan imej negara. 

"Semua pihak bertanggungjawab khususnya orang-orang akademik perlu bersuara terhadap kerosakan dan kesilapan yang berlaku ini. Anak muda kena bangun teruskan perjuangan sehingga Azam berundur.

"Kita berkumpul bukan nak buat kecoh namun ini adalah hak rakyat Malaysia mahu memperkasakan semula integriti negara," katanya. 

Turut dilihat menyertai perhimpunan tersebut ialah Ahli Parlimen Lembah Lantai, Fahmi Fadzil, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pasir Pinji, Howard Lee, Setiausaha Pemuda Angkatan Pemuda Keadilan (AMK) Syukri Razab, ADUN Bukit Tunku, Lim Yi Wei, dan peguam serta ahli PKR, Asheeq Ali. - Getaran, 22 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad