web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Ketua Organisasi Media Sokong Pemberian Awal Vaksin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Mar 2021 5:02PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PETALING JAYA - Gesaan Kelab Wartawan Kebangsaan (NPC) untuk kerajaan meletakkan pengamal media sebagai penerima terawal vaksin seiring dengan petugas barisan hadapan yang lain, mendapat sokongan penuh majoriti ketua organisasi berkenaan.

Ia selaras dengan skop tugasan pengamal media yang sering terdedah dengan wabak COVID-19 ketika berada di lapangan.

Pengarah Eksekutif Operasi Berita dan Editorial, Media Prima, Mustapha Kamil Mohd Janor berkata, pengamal media yang sering berada di lapangan wajar mendapat vaksin terawal, kerana mereka

Adalah perantara kerajaan dan masyarakat, dalam menyampaikan masyarakat.

“Saya bersetuju dengan tindakan Datuk Ahirudin Attan sebagai presiden NPC, yang menggesa kerajaan menimbangkan cadangan untuk pengamal media menjadi antara penerima terawal vaksin COVID-19.

“Pada saya, wartawan merupakan individu yang bertanggungjawab untuk menyampaikan berita kepada masyarakat, justeru mereka perlu diiktiraf sebagai barisan hadapan, sekali gus diberikan peluang untuk mendapat vaksin terawal di fasa pertama.

Mustapha Kamil Mohd Janor
Mustapha Kamil Mohd Janor

Tegas Mustapha, pengamal media yang ditugaskan di lapangan adalah golongan selayaknya menerima vaksin berkenaan.

Pendapat sama turut disuarakan oleh Ketua Pegawai Operasi BERNAMA, Datuk Mokhtar Hussain yang meminta layanan sama rata diberikan kepada semua peringkat media.

“Peluang ini wajar diberikan secara sama rata, tidak kira sama ada mereka bekerja di media rasmi atau tidak asalkan ia sebuah organisasi media yang diiktiraf.

“Tugas media sama seperti tentera atau polis yang terpaksa turun di lapangan dan pergi pula ke kawasan zon merah, sekali gus bermakna, mereka terdedah dengan risiko bahaya,” katanya.

Menurut Mokhtar, maklumat tidak akan sampai kepada orang ramai jika tiada media yang bertugas di lapangan bagi mendapatkan perkembangan terkini NPC atau Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia (NUJ).

“Saya  amat berharap agar wakil media seperti NUJ, NPC atau yang berkaitan untuk mendapatkan senarai pengamal media dari mana-mana agensi yang kerap turun ke lapangan, bagi membolehkan ia diserahkan kepada pihak berwajib.

“Buat masa ini, memadai jika vaksin berkenaan diberikan kepada petugas di lapangan terlebih dahulu manakala yang berada di pejabat, boleh mengambil suntikan vaksin untuk fasa seterusnya,” katanya.

Datuk Mokhtar Hussain
Datuk Mokhtar Hussain

Beliau menambah, wartawan veteran pula boleh disenaraikan di bawah kategori penerima warga emas.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengarang Urusan Petra News, Terence Fernandez berkata, peranan media sering diketepikan sehingga tidak disenaraikan sebagai penerima vaksin fasa pertama, sedangkan golongan terbabit sering dianggap penting oleh kerajaan.

“Yang hairannya kerajaan sendiri telah berulang kali menekankan peranan media dalam usaha bersepadu memerangi wabak ini.

“Sebab itu saya tidak faham kenapa kerajaan masih terlalu lambat untuk memberi vaksin kepada warga media terutama sekali mereka yang membuat liputan harian berkenaan usaha menangani wabak COVID-19,” katanya.

Terence Fernandez
Terence Fernandez

Saranan NPC itu turut mendapat sokongan Institut Akhbar Malaysia (MPI) yang menyifatkan ia wajar diberi perhatian segera.

Menurut MPI, bahaya sentiasa menanti petugas media apatah lagi jika perlu membuat laporan di kawasan berzon merah.

Beberapa negara dunia termasuk Amerika Syarikat sudah menyenaraikan petugas media sebagai penerima awal vaksin, berikutan risiko yang dihadapi golongan terbabit. - Getaran, 11 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 5 bulan yang lalu

Agenda Pemantapan Tatakelola, Integriti Jadi Asas Utama SPRM

2

Semasa 6 bulan yang lalu

PM Bakal Sertai Acara Berkaitan Ramadan Di Jerman

3

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

4

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka