web statsweb stats

Berita Terkini

18 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Rakyat Tidak Kisah, Sekongkol Rasuah Punca Rekod CPI Malaysia Merosot

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Jan 2022 6:05PM

Hussamuddin Yaacub - Gambar Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM – Sikap masyarakat yang tidak peduli dan sanggup bersekongkol terhadap perbuatan rasuah, menjadi punca Malaysia terus merekodkan penurunan dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 bagi dua tahun berturut-turut.

Kedudukan terkini itu menyaksikan negara berada di tangga ke-62 daripada 180 negara selepas jatuh lima anak tangga, berbanding tahun 2020.

Perkara itu diakui Ketua Pasukan Rasuah Busters, Datuk Hussamuddin Yaacub yang menegaskan keadaan berkenaan akan kekal selagi sistem nilai dalam membenci rasuah sepenuhnya tidak direset.

Bercakap secara eksklusif kepada Getaran, beliau berkata sudah tiba masanya rakyat mewujudkan persepsi bahawa amalan rasuah merupakan satu perbuatan jijik dan keji walaupun dilakukan di peringkat akar umbi.

“Kita juga boleh lihat apabila kerajaan bertukar, terjadinya rasuah jawatan, namun orang tak kisah pun perkara itu. Kalau ada pun hanya sedikit mereka yang peduli dan lebih ramai memuja individu dilantik. Saya rasa selagi sistem nilai tidak diserap, maka kedudukan CPI kita akan kekal corot.

“Kalau kita lihat, Denmark berada pada kedudukan pertama CPI kerana sistem nilai kesedaran mereka tinggi. Kalau orang buang sampah akan ada yang kejar dari belakang. Di Malaysia, kita buat tak tahu sahaja orang buang sampah. Sistem nilai ini yang perlu kita ubah,” katanya ketika ditemui di Pejabat Rasuah Buster di sini, hari ini.

Semalam, Presiden Transparency International Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan menegaskan pada tahun 2020, Malaysia berada di tangga ke-57 CPI.

Pada tahun lalu juga, katanya, negara mencatatkan skor 48 peratus, berbanding 51 peratus dicatatkan tahun sebelumnya bagi tahap persepsi rasuah dalam sektor awam negara dengan mengikut skala 0 (paling korup) hingga 100 (paling bersih).

Muhammad berkata, meskipun skor itu menurun, negara menunjukkan perkembangan positif sepanjang tahun lalu apabila kerajaan menunjukkan pendekatan bi-partisan melalui memorandum persefahaman (MoU) Transformasi dan Kestabilan Politik dimeterai pada September lalu.

Jelasnya, pemimpin kerajaan dan pembangkang diharap dalam melaksanakan pembaharuan dipersetujui menerusi perjanjian itu sebelum Julai ini.

Sikap masyarakat yang tidak peduli dan sanggup bersekongkol terhadap perbuatan rasuah, menjadi punca Malaysia terus merekodkan penurunan dalam CPI 2021 bagi dua tahun berturut-turut.
Sikap masyarakat yang tidak peduli dan sanggup bersekongkol terhadap perbuatan rasuah, menjadi punca Malaysia terus merekodkan penurunan dalam CPI 2021 bagi dua tahun berturut-turut.

Dalam pada itu, Hussamuddin menyeru agar pemimpin dan pegawai tertinggi sektor awam supaya menjadi suri teladan bagi membanteras rasuah di negara ini.

Menurut beliau, sekiranya ia masih dipandang sepi dan gagal ditangani dengan berkesan, perbuatan rasuah serta salah guna kuasa boleh menjadi satu ‘pandemik’.

“Justeru, orang ramai mahupun dalam kalangan ahli politik jangan ambil rasuah daripada sesiapa, khususnya apabila dihulurkan calon yang bertanding pada pilihan raya. Parti juga perlulah meletakkan calon yang benar-benar jujur dan berintegriti tinggi.

“Ahli Parlimen mahupun Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) sebagai pembuat undang-undang, dia perlu bersih daripada rasuah dan salah guna kuasa. Sekiranya berintegriti, sudah pasti pemimpin itu boleh bersihkan semua jabatan di bawah kendaliannya. Ketika ini, masih ramai lagi tak bersih,” katanya.

Mengulas lanjut, Pengerusi Kumpulan Karangkraf itu menegaskan, masyarakat awam perlu melepaskan kesenangan sementara hasil daripada rasuah dan kembali bergantung kepada rezeki Allah.

“Rakyat kena ada kesedaran tolak rasuah dengan bersungguh-sungguh kerana mereka sendiri yang akan sengara akibat perbuatan itu.

“Kepada pemimpin dan ahli politik, kita seru berilah peluang kepada Malaysia untuk menghentikan rasuah kerana amalan buruk ini harus kita bendung sepenuhnya daripada negara,” katanya. – Getaran, 26 Januari 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi