web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


CPI Malaysia Merosot, Pelaburan Asing Negara Akan 'Musnah'

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Jan 2022 8:54PM

Pelabur asing lebih berminat untuk menjalankan perniagaan di negara yang lebih tulus, kurang kerenah birokrasi serta bebas daripada jenayah rasuah. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Penurunan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 bagi dua tahun berturut-turut membuktikan semua pihak perlu bangkit dan tidak alpa akan kedudukan itu yang memberi kesan buruk dalam menjana perkembangan ekonomi dan pelaburan asing ke negara.

Presiden Persatuan Bekas Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Mazlan Mohamad berkata, pelabur asing lebih berminat untuk menjalankan perniagaan di negara yang lebih tulus, kurangnya kerenah birokrasi serta bebas daripada jenayah rasuah.

Menurut beliau, jika perkara itu terjamin, pelabur asing akan dapat memastikan perniagaan dilakukan secara mudah serta tidak dikenakan kos tambahan yang begitu ketara.

“Pelabur asing kini khuatir untuk menjalankan perniagaan di negara dengan kecenderungan rasuah yang tinggi kerana implikasi penguatkuasaan undang-undang.

“Ini seperti US Foreign Corrupt Practice Act (US FCPA) dan UK Bribery Act serta penguatkuasaan undang-undang di negara anggota UNCAC yang mula mempunyai peruntukan undang-undang mengenai liabiliti korporat sebagaimana Seksyen 17A Akta SPRM,” katanya.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kedudukan Malaysia dalam Indeks Persepsi Rasuah (CPI) 2021 yang jatuh ke tangga 62 daripada keseluruhan 180 negara, berbanding kedudukan 57 pada 2020.

Terdahulu, Presiden TI-Malaysia (TI-M), Dr Muhammad Mohan berkata, CPI Malaysia pada 2020 juga jatuh enam anak tangga daripada kedudukan 51 pada 2019.

Menurut beliau, markah dan pangkat CPI Malaysia buat dua tahun berturut-turut dan jelas menunjukkan negara langsung tidak mencapai kemajuan diharapkan.

Muhammad Mohan menegaskan, pembasmian jenayah rasuah perlu dijadikan agenda utama dalam pentadbiran kerajaan dan seluruh parti politik bagi menyelamatkan ketirisan wang rakyat, pemborosan serta pembaziran.

Menurut beliau, kerajaan harus mempunyai tekad politik tinggi dalam agenda pencegahan rasuah yang seharusnya tidak dilaksanakan secara retorik, namun pelaksanaannya perlu memberi kesan serta dirasai oleh masyarakat.

“Kerajaan perlu membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) mengenai dana politik, IPCMC, Ombudsmen, Misconduct of Public Office, pemisahan jawatan peguam negara dan pendakwaraya, tempoh jawatan Perdana Menteri serta harta oleh ahli politik pada kadar segera.

“Selain itu, RUU pegawai kanan kerajaan kepada SPRM, pelantikan ahli politik dalam badan kerajaan dan syarikat milik kerajaan, pelantikan ahli politik sebagai duta khas negara dan lain-lain akta yang dapat memberi impak kepada usaha pencegahan rasuah di negara ini perlu dilakukan,” katanya.

Pada masa sama, Mazlan menggesa kerajaan mewujudkan atau memperluaskan kuasa Jawatankuasa Mengenai Rasuah (JKMR) di peringkat Parlimen yang bukan sahaja dapat memantau semua inisiatif pencegahan rasuah, tetapi turut bertindak sebagai badan kawal selia pemantapan SPRM.

“JKMR harus melibatkan semua pihak, dari kalangan Ahli Parlimen atau Senator yang tinggi integritinya serta tiada penglibatan dalam sebarang kes atau siasatan perbuatan jenayah rasuah,” katanya.

Dalam pada itu, Mazlan berpendapat agensi kerajaan dan swasta juga perlu komited melaksanakan Analisa Risiko Rasuah dan Pelan Rasuah Organisasi bagi mengetahui wujudnya risiko, di samping keperluan melaksanakan mitigasi untuk mengatasi ancaman rasuah yang telah dikenal pasti. 

Beliau berkata, tindakan itu dapat memastikan semua inisiatif yang dibangunkan menerusi Pelan Anti-Rasuah Nasional dilaksanakan dan sekiranya tidak dilakukan, agensi atau jabatan tersebut perlu dikenakan tindakan tegas.

“Dengan adanya Profil Risiko yang dibangunkan melalui Analisa Risiko Rasuah serta pelan mitigasi melalui Pelan Anti-Rasuah Organisasi, setiap entiti kerajaan dan swasta dapat memastikan agensi di bawah kawalan mereka mempunyai risiko rasuah minima dan perlakuan jenayah rasuah dapat terus dikawal secara efektif.

“Pada masa sama, NGO dan masyarakat umum perlu memberi sokongan kepada SPRM dengan menyampaikan maklumat yang tepat, menentang semua perbuatan rasuah serta menghina pelaku rasuah tanpa mengira status atau kedudukan,” katanya. – Getaran, 27 Januari 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi