web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Individu Hilang Kerja Boleh Jalani Kursus Tukang Paip Dengan Air Selangor

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Mar 2021 8:33AM

Air Selangor tawar Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip terutama kepada mereka yang hilang pekerjaan.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR -  Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) masih membuka pendaftaran Kursus Kemahiran Perantis Tukang Paip bagi individu yang berminat khususnya mereka yang kehilangan pekerjaan akibat wabak COVID-19. 

Ketua Komunikasi Korporat Air Selangor Elina Baseri dalam kenyataan hari ini memaklumkan borang pendaftaran boleh dimuat turun dari laman web syarikat itu, manakala salinan fizikal pula boleh didapati di kaunter perkhidmatan pelanggan.

"Kursus tersebut dilancarkan oleh Air Selangor dengan kerjasama Akademi Binaan Malaysia (ABM) pada Ogos tahun lepas untuk membuka peluang kerjaya baharu, seterusnya menjana pendapatan dalam bidang perkhidmatan dan pembaikan utiliti air," katanya.

Beliau berkata hari ini seramai 12 peserta kumpulan pertama dari Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya menerima sijil penyertaan, sijil pencapaian ABM dan Kad Hijau Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) untuk mengiktiraf kemahiran mereka.

"Mereka berjaya menjalani kursus latihan selama lima hari yang merangkumi pembelajaran secara teori sebanyak 25 peratus dan praktikal sebanyak 75 peratus sejak 8 Mac lepas," katanya sambil menambah, peserta turut menerima sebuah kotak alat perkakas untuk digunakan ketika menjalankan tugas.

Elina berkata peserta yang terpilih terdiri daripada individu yang kehilangan pekerjaan akibat pandemik COVID-19, yang merupakan inisiatif kedua di bawah Program Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) Sesama Mara untuk membantu individu yang memerlukan dan menyuntik semangat untuk maju ke hadapan.

Sementara itu, di bawah program Sesama Mara, beliau berkata inisiatif 'Box of Hope’ Air Selangor juga diteruskan melalui platform akaun bank CIMB Bank Berhad 80-0798511-8 bagi membolehkan orang ramai menghulurkan sumbangan ikhlas bagi tujuan bekalan makanan kepada mereka yang kurang berkemampuan. - Bernama 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka