web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


BNM Akan Ambil Tindakan Jika Kesilapan Pemprosesan CIMB Langgar Peraturan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 11 Feb 2022 3:06PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Bank Negara Malaysia (BNM) akan mengambil langkah serta tindakan penyeliaan sewajarnya ke atas CIMB Group Holdings Bhd sekiranya terbukti berlaku sebarang pelanggaran undang-undang atau pengawalseliaan dalam insiden membabitkan kesilapan pemprosesan bank itu baru-baru ini.

Ketika menegaskan perkara itu, Gabenor BNM Tan Sri Nor Shamsiah Mohd Yunus berkata ketetapan pengawalseliaan berkenaan termasuk aspek pematuhan piawaian pengurusan risiko yang boleh diterima.

“Kita sedang meneliti keadaan khusus yang membabitkan insiden tersebut,” katanya selepas mengumumkan pertumbuhan ekonomi Malaysia bagi suku keempat 2021 dalam sidang media secara maya di sini, hari ini.

Malah, Nor Shamsiah berkata BNM juga telah meminta CIMB untuk memastikan usaha bagi mendapatkan semula dana terbabit tidak akan menjejaskan keupayaan pelanggan mendapat akses ke atas akaun masing-masing selain membolehkan pilihan munasabah untuk mereka memulangkan semula lebihan dana berkaitan.

Menurut laporan media, CIMB telah menjelaskan bahawa terdapat kesilapan pemprosesan dalam sistem perbankannya yang menyebabkan sejumlah akaun dibekukan dan bank itu sedang menghubungi pelanggan terbabit bagi memastikan penyelesaian secara adil serta terurus. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Muzik 3 bulan yang lalu

Kalau Menang CIMB Rising Start, Dapat Bimbingan Nyanyian Daripada Hael Husaini

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Sebahagian Wang Pinjaman 1MDB Masuk Ke Akaun Najib - Penganalisis BNM

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Berhati-Hati Terhadap Inflasi Teras Yang Kekal Tinggi - Gabenor BNM

4

Ekonomi 1 tahun yang lalu

OPR Kekal 3.0 Peratus: Keputusan Dibuat Bebas Tanpa Tekanan Mana-Mana Pihak - Fahmi

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia