web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Guna Dokumen Palsu, Bekas COO Syarikat Pembersihan Didenda RM200,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Feb 2022 5:23PM

Tertuduh, Azmi Amin Sarji (kiri) diiringi pegawai SPRM di Kompleks Mahkamah Alor Setar sambil diekori peguamnya, Shamsul Sulaiman.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - "Maaf cakap, tetapi selagi ada amalan rasuah di peringkat tinggi, orang di bawah macam tertuduh, mereka yang hendak bekerja bagi mencari rezeki seperti di kedudukannya akan terpalit dengan perkara sebegini. Sepatutnya, bukan dia yang jadi kambing hitam,".

Itu kenyataan dibuat peguam, Shamsul Sulaiman ketika mengemukakan rayuan terhadap anak guamnya, Azmi Amin Sarji, 53, yang mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan menggunakan dokumen palsu di Mahkamah Sesyen Alor Setar, hari ini.

Menurut Shamsul, anak guamnya selaku bekas Ketua Pegawai Operasi (COO) syarikat pembersihan, E-Idaman Sdn. Bhd., hanyalah satu daripada rangkaian panjang melibatkan ramai orang, untuk mendapatkan dana politik seperti disebut dalam fakta kes tersebut, yang didakwa berlaku pada 2017 dan 2018.

"Tiada satu sen pun daripada wang itu masuk ke poket tertuduh sebaliknya dia hanyalah satu daripada rangkaian panjang melibatkan ramai orang, untuk satu perkara yang disebut dalam fakta kes iaitu 'dana politik'. 

"Walaupun tertuduh lakukan kesalahan dalam dokumen palsu itu, namun dia tak dapat keuntungan daripadanya. Siasatan kes ini sepatutnya pergi terus kepada siapa ahli politik yang dikatakan terlibat itu," katanya.

Terdahulu, Azmi mengaku bersalah terhadap tiga pertuduhan pilihan dihadapinya kerana menggunakan dokumen palsu pada 2017 dan 2018.

Mengikut kertas pertuduhan, dia didakwa dengan curang menggunakan tiga dokumen sebagai tulen iaitu sijil pembayaran bagi November 2017 berjumlah RM74,489, sijil pembayaran Disember 2017 yang juga berjumlah RM74,489 dan sijil pembayaran untuk Mac 2017 berjumlah RM426,935.

Penggunaan kesemua dokumen tersebut yang dituduh diketahui sebagai palsu, adalah untuk membolehkan pihak tertentu membuat tuntutan bayaran dari syarikat berkenaan.

Bagi pertuduhan pilihan pertama dan kedua, Azmi didakwa melakukan kesalahan itu pada 4 Jun 2018 di Pejabat E-Idaman (Kedah dan Perlis) Sdn. Bhd. di Wisma Idaman, Bandar Stargate, dekat sini.

Untuk pertuduhan pilihan ketiga pula, dia didakwa melakukan kesalahan itu secara niat bersama dengan bekas Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat tersebut, Mhd. Shaiful Anuar Zainal antara 8 Mei dan 9 Mei 2017 di lokasi sama.

Atas pertuduhan pertama dan kedua, tertuduh dijatuhkan hukuman denda sebanyak RM70,000 bagi setiap pertuduhan manakala hukuman denda untuk hukuman pertuduhan ketiga ditetapkan sebanyak RM60,000.

Sekiranya gagal membayar denda tersebut, tertuduh boleh dipenjara selama 12 bulan bagi setiap pertuduhan dihadapi.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Tan Sew Ping mengikut Seksyen 471 Kanun Keseksaan. - Getaran 17 Februari 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Hukuman Mati Terhadap 7 Warga Filipina Kekal

2

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

3

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

4

Semasa 4 hari yang lalu

Ceroboh Lahad Datu: Permohonan Semakan Hukuman Mati 7 Warga Filipina Esok

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia