web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Hayun Kapak Ke Arah Pegawai JPJ, Pemandu Lori Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Mar 2022 9:24PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PADANG TERAP - Seorang pemandu lori ditahan selepas didakwa bertindak melampau dengan menghayunkan kapak ke arah pegawai Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam kejadian di Simpang Tiga Kurung Hitam, Kuala Nerang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah Padang Terap, Deputi Superintenden (DSP) Mulkiaman Manzar berkata, kejadian dilaporkan berlaku pada kira-kira jam 10.50 pagi itu tercetus selepas pegawai JPJ tersebut bersama rakan setugasnya, terlihat sebuah lori sarat muatan balak berhenti di sisi jalan.

Menurutnya, sebaik pegawai JPJ terbabit menghentikan kenderaannya, pemandu berkenaan yang berusia 50 tahun terus turun dari lori dan menunjukkan sekeping saman pernah diterimanya.

“Semakan dilakukan pegawai JPJ itu mendapati saman tersebut dikeluarkan pada Januari lepas. Apabila pegawai itu meminta lesen memandu dan kad pengenalan, pemandu lori terbabit didakwa enggan memberi kerjasama.

“Keadaan itu menyebabkan berlaku pertengkaran antara mereka, sebelum suspek dikatakan kembali ke lori tersebut untuk mengambil telefon dan kemudian bertindak merakam gambar kedua-dua pegawai JPJ berkenaan,” katanya.

Mengulas lanjut, jelasnya, pegawai JPJ itu melarang perbuatan berkenaan, namun pemandu lori terbabit bertindak agresif.

“Suspek didakwa berlari ke pintu kanan lori dan mengeluarkan kapak panjang sambil menghayun ke pegawai JPJ tersebut. Ketika suspek cuba menyerang, pegawai itu dapat memeluknya, manakala rakan setugasnya merampas senjata berkenaan.

“Pegawai tersebut terus ke Balai Polis Kuala Nerang untuk membuat laporan. Pemandu lori itu kemudiannya ditahan apabila turut hadir ke balai sama,” katanya.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 186 dan Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

“Pemandu lori itu akan direman esok dan siasatan lanjut kini masih dijalankan,” katanya. - Getaran 2 Mac 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Perkhidmatan Perbaharui Cukai Jalan Beroperasi Seperti Biasa - BJAK

2

Semasa 5 bulan yang lalu

BJAK Tiada Kebenaran Laksana Khidmat Perbaharui Cukai Jalan - JPJ

3

Semasa 5 bulan yang lalu

JPJ Kesan Lebih 16,000 Kes Pandu Lebih Had Laju Menerusi Ops Khas HRA 2024

4

Semasa 7 bulan yang lalu

JPJ Perkenal E-Testing Bermula April - Anthony Loke

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia