web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Sebulan Bertarung Nyawa, Warga Emas Mangsa Tikam Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Mar 2021 7:13PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU - Selepas sebulan bertarung nyawa kerana ditikam di bahagian leher, seorang wanita warga emas akhirnya meninggal dunia dekat sini, semalam.

Mangsa, Nah Hassan, 81 disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Hospital Besar Tawau, selepas beberapa organ dalamannya gagal berfungsi.

Ketua Polis Daerah Lahad Datu Dr Rohan Shah Ahmad berkata, mangsa dilaporkan cedera selepas diserang seorang lelaki pendatang asing tanpa izin di Kampung Pisang, di sini, pada 13 Februari lalu.

Pisat lipat yang digunakan suspek. - Gambar dari PDRM
Pisat lipat yang digunakan suspek. - Gambar dari PDRM

“Menurut saksi kejadian, mereka terdengar mangsa menjerit sebelum menemuinya dalam keadaan cedera di leher.

“Mangsa dikatakan sempat memaklumkan ditikam seorang lelaki yang dikenali,” katanya.

Menurut Rohan, suspek yang berusia 21 tahun berjaya ditahan sebelum mengaku menikam mangsa dengan menggunakan pisau lipat.

“Suspek kemudian didapati bersalah dan kini sedang menjalani hukuman penjara atas kesalahan itu, selain turut berdepan hukuman di bawah Akta Imigresen kerana memasuki negara ini secara haram.

Mangsa disahkan meninggal dunia, kelmarin. - Gambar dari PDRM
Mangsa disahkan meninggal dunia, kelmarin. - Gambar dari PDRM

“Mangsa pula dihantar ke Hospital Besar Tawau untuk rawatan lanjut sebelum menghembuskan nafas terakhir,” katanya.

Berikutan perkembangan terbaharu itu, suspek kini disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh dan jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman gantung mandatori. - Getaran, 15 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Raja Petra Meninggal Dunia

2

Selebriti 1 bulan yang lalu

Penyanyi Veteran, Jay Jay Meninggal Dunia

3

Semasa 1 bulan yang lalu

ADUN Mahkota, Sharifah Azizah Meninggal Dunia

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Siti Zaharah Sulaiman Meninggal Dunia

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Politik 18 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Semasa 18 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki