web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sedekad Cabul Anak Kandung, Datuk Seri Bakal Didakwa

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Mar 2021 6:07PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang lelaki bergelar Datuk Seri bakal didakwa atas pertuduhan mencabul anak kandungnya selama lebih 10 tahun sejak tahun 2010.

Perbuatan jijik lelaki berusia 50 tahun itu terbongkar apabila anak perempuannya yang berusia 20 tahun nekad membuat laporan polis pada 14 Januari lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Saiful Azly Kamaruddin berkata, Jabatan Siasatan Jenayah (JSK) kini sedang menjalankan siasatan lanjut dan ia memerlukan sedikit masa berikutan kejadian itu membabitkan satu tempoh yang panjang.

“Perbuatan cabul ini telah berlaku sejak tahun 2010 sehingga awal tahun 2021. Pada hari yang sama laporan dibuat, Kertas Siasatan telah dibuka oleh pihak Jabatan Siasatan Jenayah Polis Kuala Lumpur.

“Hasil siasatan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya (TPR) untuk pandangan dan atas nasihat TPR, polis diminta mengambil beberapa tindakan untuk melengkapkan siasatan," katanya.

Menurut Saiful, kertas siasatan itu dirujuk semula kepada TPR  pada 25 Februari lalu, selepas kesemua tindakan yang diminta itu dilaksanakan.

“Pihak kami semalam menerima arahan daripada Jabatan Peguam Negara untuk membuat pertuduhan mengikut Seksyen 354 dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

“Suspek akan dituduh di Mahkamah Kuala Lumpur pada 23 Mac ini susulan keadaan kesihatan suspek yang tidak mengizinkan.

Beliau turut menepis laporan sebuah agensi media yang mendakwa pihak berkuasa mengambil masa begitu lama untuk membuat pertuduhan.

“Kertas siasatan kes itu perlu dirujuk kepada TPR beberapa kali memandangkan kes berlaku sejak 10 tahun lalu.

“Kami juga akan memohon Perintah Perlindungan (PO) selepas pertuduhan dilaksanakan bagi melindungi mangsa dan adik-beradik lain daripada sebarang gangguan oleh suspek,” tegasnya.

Mangsa sebelum ini menolak untuk mendapatkan Perintah Perlindungan Interim (IPO) kerana mahu adik beradiknya yang lain turut dilindungi.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat boleh menyalurkannya dengan menghubungi Hotline Polis Kuala Lumpur di talian 03-2115 9999 atau mana-mana Balai Polis yang berdekatan. - Getaran, 17 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

2 Lelaki Ditembak Mati Dipercayai Dalam Perjalanan Lakukan Jenayah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pelaburan Kripto ‘Kakaue’ Perdaya Mangsa Di Facebook - JSJK

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Gaduh Awal Pagi, Warga Indonesia Maut

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Lelaki Tikam Ibu Dengan Gunting Direman 7 Hari

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Sukan 1 hari yang lalu

TMJ Bidas MFL Kurangkan Hukuman Ke Atas Selangor FC

oleh Diyana Nawwar

Semasa 16 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan

Sukan 1 hari yang lalu

Selangor FC Akan Fail Rayuan Rasmi Kepada MFL

Sukan 4 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar