web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Negara Catat Kes COVID-19 Bawah 1,000

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 May 2022 11:41AM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Jangkitan COVID-19 semalam merekodkan keputusan mengejutkan apabila mencecah bawah 1,000, iaitu 922 kes.

Berdasarkan data pada laman web COVIDNOW, ia turut meliputi satu kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.

Sehingga kini, jumlah keseluruhan kes COVID-19 4,451,781.

Sebanyak 5,520 kes sembuh pula direkodkan dengan jumlah keseluruhan 4,384,384 kes.

Kesemua kes harian tersebut dilaporkan di Selangor (429 kes), Kuala Lumpur (120 kes), Pulau Pinang (83 kes), Negeri Sembilan (58 kes), Perak (41 kes), Johor (35 kes), Sarawak (31 kes), Melaka (28 kes), Putrajaya (26 kes), Kedah (22 kes).

Pahang (19 kes), Sabah (12 kes), Terengganu (sembilan kes), Kelantan (tujuh kes), Perlis (satu kes) dan Labuan (satu kes).

Pada masa sama, sebanyak sembilan kematian dilaporkan, menjadikan jumlah kematian terkini sebanyak 35,564 kes, dengan lima daripadanya dilaporkan berlaku di luar hospital atau brought in dead (BID).

Keseluruhan kes BID ketika ini ialah 7,528.

Sebanyak 31,833 kes aktif pula dilaporkan melibatkan 30,821 pesakit dikuarantin di rumah manakala 14 lagi di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).

Sebanyak 929 kes dimasukkan ke hospital melibatkan 23 kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) tanpa bantuan pernafasan dan 46 kes dengan bantuan pernafasan.

Sementara itu, seramai 872,058 atau 24.6 peratus kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun di Malaysia telah melengkapkan vaksinasi di bawah Program Imunisasi Kebangsaan Kanak-Kanak (PICKids) setakat semalam.

Seramai 1,537,013 atau 43.3 peratus kanak-kanak dalam kumpulan sama telah menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Bagi remaja berumur 12 hingga 17 tahun, seramai 2,894,793 atau 93 peratus telah lengkap vaksinasi manakala 2,992,466 atau 96.1 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin.

Sejumlah 16,036,202 atau 68.2 peratus golongan dewasa telah menerima dos penggalak manakala 22,967,290 atau 97.6 peratus telah lengkap dua dos dan 23,243,513 atau 98.8 peratus menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin. - Getaran, 4 Mei 2022

Berita Berkaitan

1

Kisah Kita 8 bulan yang lalu

Kisah Bendera Putih, Cebisan Bukti Keluhuran Hati Al-Sultan Abdullah

2

Semasa 8 bulan yang lalu

COVID-19: Pemakaian Pelitup Muka Masih Digalakkan Di Sekolah - Wong

3

Semasa 8 bulan yang lalu

20 Kes Baharu COVID-19 Dikesan Libatkan Mangsa Di PPS Terengganu, Kelantan - Dr Dzulkefly

4

Semasa 8 bulan yang lalu

Peningkatan Kes COVID-19, Amalkan Semula SOP Kesihatan - Pakar

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 22 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi