web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kerajaan Tidak Tergugat Kenyataan Yu Song - Hamzah

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Mar 2021 6:29PM

Hamzah (tiga dari kanan) mengadakan lawatan kerja ke Pos Kawalan Tabawan di Lahad Datu, hari ini.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LAHAD DATU – Kerajaan tidak tergugat dengan kenyataan dibuat Kaunselor Korea Utara, Kim Yu Song yang menegaskan, Malaysia bakal menanggung akibat berhubung tindakan diambil ke atas seorang rakyat republik itu baru-baru ini.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, beliau optimis Kementerian Luar, turut dikenali sebagai Wisma Putra arif dengan langkah yang perlu diambil dalam memutuskan isu berkenaan.

Menurut beliau, langkah diambil itu jelas adalah yang terbaik, mengambil kira hubungan dua hala kedua negara.

"Saya ingin memaklumkan kepada rakyat bahawa kita sama sekali tidak merasa tergugat (dengan kenyataan Kim).

"Cuma dari segi masalah kedaulatan antara Malaysia dan Korea Utara, ia diserahkan kepada kebijaksanaan Wisma Putra untuk menanganinya sebaik mungkin,” katanya selepas lawatan kerja di Pos Kawalan Tabawan di sini hari ini.

Turut hadir Timbalan Menteri Dalam Negeri II Jonathan Yasin, Ketua Setiausaha KDN Datuk Wan Ahmad Dahlan Abdul Aziz, Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hazani Ghazali dan Komander Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah ESSCom Datuk Ahmad Fuad Othman.

Yu Song sebelum ini memberi peringatan keras bahawa Malaysia akan menerima akibat daripada tindakan yang dilakukan, sebelum meninggalkan bangunan kedutaan republik itu di Jalan Batai, Damansara, semalam.

Menurutnya, insiden tersebut telah menjejaskan kedaulatan Korea Utara dan tindakan Malaysia itu menghancurkan seluruh asas hubungan dua hala antara kedua negara yang dibina selama ini.

Jumaat lalu, Pyongyang memutuskan hubungan diplomatik dengan Malaysia ekoran perkembangan tersebut.

Sehubungan itu, Wisma Putra menutup pejabat kedutaan republik berkenaan dan memberi tempoh 48 jam untuk rakyat negara itu pulang.

Dalam perkembangan lain Hamzah memberitahu, pihaknya meluluskan peruntukan RM1juta kepada Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) untuk proses penambahbaikan pos keselamatan di kawasan Zon Selamat Timur Sabah (ESSZone).

Beliau berkata, peruntukan terbabit mencakupi beberapa perkara penting termasuk kebajikan pasukan keselamatan di situ.

"Masalah paling besar di Sabah adalah isi pencerobohan dari luar negara.

"Jika kita tidak memperkukuhkan atau memperhebat ESSCom, bagaimana caranya kita hendak memastikan bahawa tidak ada pencerobohan yang akan berlaku (kelak)," katanya dalam sidang media di Pos Pulau Tabawan Batalion 17 Pasukan Gerakan Am (PGA) Lahad Datu, dekat ini.

Hamzah menarik perhatian, kementerian juga akan berbincang dengan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor dan pemimpin utama negeri yang lain bagi menyelesaikan isu komuniti Palauh di negeri ini.

"Saya tidak mahu mengumumkan bagaimana caranya untuk kita menyelesaikan masalah Palauh ini kerana ia bukan masalah baharu.

"Saya tidak mahu ia dijadikan satu retorik politikal kerana biasanya apabila kita hendak mengumumkan sesuatu, ada pihak yang menambah dengan kenyataan negatif sekali gus mengganggu perancangan baik kerajaan," katanya. – Getaran, 22 Mac 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Pemuda Maut Dibaham Buaya

2

Semasa 2 minggu yang lalu

Tubuh Jawatankuasa Khas Untuk Selesaikan Isu Kewarganegaraan Di Sabah

3

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Mahu Kemiskinan Tegar Di Sabah Dinoktah Sebelum Akhir Julai

4

Filem & TV 1 bulan yang lalu

Perjuangan Sinematik Marc Abas

Sorotan

1

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

2

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

3

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

4

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

5

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Bas Terbabit Nahas Di Genting Highlands Tiada Lesen Memandu

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Guru Luar Biasa, Tinggalkan Pengetahuan Yang Sangat Besar’ - PM

oleh Sophia Ahmad

Semasa 23 jam yang lalu

Lamborghini Terbakar Di Karak, Seorang Maut

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

‘Syed Husin Insan Amat Rapat, Sentiasa Jadi Rujukan’ - PM