web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Cuba Suap Pegawai SPRM, Pemborong Getah Didenda Suku Juta

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 19 May 2022 7:18PM

Kean Kai didenda RM250,000 setelah mengaku bersalah merasuah pegawai SPRM yang menyamar sebagai pegawai TNB.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Seorang pemborong getah didenda RM250,000 setelah dia mengaku bersalah memberikan suapan berjumlah RM589,450, kepada seorang Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) yang menyamar sebagai pegawai Tenaga Nasional Berhad (TNB) antara Ogos tahun lalu hingga Februari lepas.

Tertuduh, Th’ng Kean Kai, 33, membuat pengakuan tersebut selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya di depan Hakim Harmi Thamri Mohamad.

Harmi turut menetapkan supaya tertuduh dipenjara selama 12 bulan sekiranya gagal membayar denda tersebut.

Mengikut kertas pertuduhan, bapa kepada dua anak itu didakwa memberi suapan kepada pegawai SPRM tersebut yang bertindak sebagai ejen provokasi dan menyamar sebagai pegawai TNB, bagi mengelak daripada dikenakan tindakan undang-undang kerana mencuri arus elektrik.

Kesalahan tersebut didakwa dilakukan antara 26 Ogos 2021 hingga 28 Februari lalu di Bandar Sungai Petani.

Berdasarkan fakta kes, Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersama SPRM pada Februari 2021 telah mengesan kegiatan mencuri arus elektrik bagi tujuan melombong mata wang kripto dengan maklumat diperolehi menyatakan, terdapat individu cuba memberi suapan kepada pegawai-pegawai TNB agar kegiatan mereka tidak diganggu.

Berikutan itu, seorang pegawai SPRM ditugaskan menjadi ejen provokasi dengan menyamar sebagai penyelia sebuah unit khas TNB.

Susulan penyamaran, tertuduh dengan pegawai SPRM terbabit kemudiannya mula berhubung dan mengadakan enam pertemuan termasuk di sebuah hotel di Sungai Petani.

Dalam setiap pertemuan tersebut, Kean Kai didakwa telah menyerahkan wang tunai bernilai antara RM28,000 hingga RM215,000 dengan jumlah keseluruhan RM589,450.

Pertuduhan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Ahmad Akram Gharib mengikut Seksyen 214 Kanun Keseksaan manakala tertuduh diwakili peguam, Tengku Hezrul Anuar Tengku Abdul Samad.

Kean Kai difahamkan membayar denda tersebut dan Hakim turut memerintahkan wang yang dirampas dalam kes itu diserahkan kepada Perbendaharaan Negara. - Getaran 19 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Semasa 5 hari yang lalu

Operasi Pencarian Sabari Di Sungai Padang Terap Diteruskan

3

Semasa 5 hari yang lalu

Jumlah Mangsa Di Kedah Bertambah, Perak Dilanda Banjir Semula

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia