web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Baja Subsidi Lewat Sampai, Pesawah Mengeluh, Bimbang Hasil Berkurangan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 May 2022 2:53PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR - Ketika petani bertungkus-lumus berusaha meningkatkan hasil demi membanyakkan pendapatan, timbul isu kelewatan penghantaran baja subsidi oleh kerajaan, yang didakwa mampu membantutkan usaha mereka itu.

Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar berkata, beliau menerima banyak rungutan daripada petani berhubung perkara tersebut.

Katanya, ada dalam kalangan petani merayu supaya kerajaan mempercepatkan penghantaran, memandangkan jumlah baja yang diedar ketika ini masih belum mencukupi.

“Baja ini penting kerana benih padi yang ditabur, perlu dibaja apabila berusia antara 11 hingga 15 hari.

“Namun menerusi rungutan yang saya terima, ada dalam kalangan petani mendakwa mereka masih belum mendapat baja walaupun usia padi sudah mencecah sebulan.

“Bagi mengatasi masalah itu, ada dalam kalangan petani terpaksa menggunakan baki baja lama tetapi jumlahnya sudah tentu tidak mencukupi.

“Selain itu, baja lama tersebut sudah menjadi keras menyebabkannya tidak lagi boleh disembur dengan sempurna dan hanya dapat ditabur begitu saja,” katanya.

Ahli Parlimen Pokok Sena itu berkata demikian ketika ditemui media ketika mengadakan pertemuan dengan sekumpulan petani padi di Kampung Padang, Hutan Kampung dekat sini, petang semalam. 

Mahfuz menambah, kelewatan penghantaran baja subsidi itu menunjukkan kegagalan kerajaan untuk mengenal pasti jumlah baja diperlukan petani.

“Selain kelewatan baja, antara isu lain yang dibangkitkan adalah masalah kekurangan air. Katanya, baja-baja itu memang sedang diedarkan tetapi apa yang kita persoalkan di sini adalah kelewatan penghantaran baja tersebut.

“Jika dua isu ini tak dapat diatasi, hasil padi dijangka akan berkurang dan itu akan turut memberi kesan kepada pendapatan pesawah,” katanya.

Sementara itu Pengerusi Persaudaraan Pesawah Malaysia (Pesawah), Mohd Fuad Yaacob ketika dihubungi Getaran memaklumkan, masalah itu bukanlah sesuatu yang baharu sebaliknya pernah berlaku sejak empat atau lima musim penanaman padi sebelum ini.

Mohd Fuad Yaacob
Mohd Fuad Yaacob

Beliau yang juga Pengerusi Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Kubang Sepat berkata, penghantaran baja padi itu pada kali ini tidak dibuat serentak, sebaliknya secara berperingkat hingga menyebabkan pengedaran baja kepada petani tidak dapat dibuat secepat mungkin.

“Kalau dah begini keadaannya, bagaimana kita nak tingkatkan hasil? Selain itu kami di PPK ini juga menjadi mangsa untuk kalangan petani melepaskan geram selagi mereka masih tidak menerima baja tersebut.

“Dianggarkan 40 peratus daripada petani di Kedah masih belum menerima baja dijanjikan.

“Bukan saja di Kedah malah dalam Mesyuarat Agung Tahunan Peladang Kebangsaan (NAFAS) Khamis lalu, kami difahamkan sebahagian petani di Perak berdepan masalah sama,” katanya.

Mohd Fuad menambah, alasan diberikan pihak bertanggungjawab berkaitan kelewatan penghantaran baja itu adalah kepayahan untuk mendapatkan bahan mentah berikutan perang yang berlaku di luar negara.

“Itu kita fahamlah tetapi sebelum perang berlaku pun, masalah ini turut terjadi.

“Sepatutnya mereka dapatkanlah stok bahan mentah itu lebih awal untuk dua tiga musim ke depan supaya isu sama tak berulang.

“Janganlah cuma dapatkan bahan mentah penghasilan baja itu untuk musim ke depan ini saja.

“Apa pun alasan diberi, padi yang ditanam akan terus membesar dan memerlukan baja. Padi ini tak akan menerima sebarang alasan untuk berhenti membesar sementara menanti baja tiba,” katanya, sinis.

Dalam perkembangan berkaitan, Pengerusi Badan Bertindak Petani Lembaga Kemajuan Pertanian Muda (MADA), Che Ani Mat Zain pula menzahirkan harapan agar isu terbabit tidak dianggap sebagai sesuatu yang biasa atau normal.

Che Ani Mat Zain
Che Ani Mat Zain

“Ini sebenarnya isu yang berulang-ulang. Seolah-olah kita ini asyik terhantuk di tempat sama.

“Bukan hanya baja, malah racun pun kami terima lambat juga.

“Tak usahlah menyanyi lagu ‘bangau oh bangau’ dengan asyik menyalahkan orang lain sebaliknya Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) perlu beri perhatian serius terhadap isu ini,” katanya. - Getaran 22 Mei 2022.

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 bulan yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 8 bulan yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Bangunan Simpan Baja Dan Racun Terbakar

4

Semasa 10 bulan yang lalu

Subsidi Bersasar Minyak Masak Peket Diperluas Kepada Peniaga Mikro Tahun Depan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia