web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jurulatih Wushu Terbabit Gangguan Seksual Remaja Didakwa Esok

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2022 8:31PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang jurulatih wushu yang didakwa terbabit dalam kes gangguan seksual terhadap seorang remaja perempuan akan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Putrajaya, esok.

Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Mohd Zaid Hassan berkata, siasatan berhubung kes gangguan seksual itu sudah selesai dan proses pendakwaan akan dijalankan.

''Lelaki yang berusia 31 tahun itu akan didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dengan 10 pertuduhan melakukan gangguan seksual terhadap mangsa.

''Pada masa sama, beliau juga akan dituduh di bawah Sek 16(1) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 atas kesalahan melakukan kesalahan seksual, sebagai individu yang mempunyai hubungan amanah dengan mangsa,'' katanya hari ini.

Mohd Zaid Hassan - Gambar dari Facebook Polis Selangor
Mohd Zaid Hassan - Gambar dari Facebook Polis Selangor

Sebelum ini, Mohd Zaid mengesahkan lelaki berusia 31 tahun itu ditahan kira-kira jam 7.50 petang, 11 Mei lalu dan telah direman sehingga Isnin lepas untuk membantu siasatan.

''Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kajang telah menerima laporan polis daripada seorang lelaki tempatan berumur 46 tahun yang mendakwa anak perempuannya berusia 13 tahun mengalami gangguan seksual oleh jurulatihnya.

''Kejadian itu berlaku antara 11 sehingga 19 Februari lalu sekitar jam 3 hingga 4petang dan 12 hingga 1 pagi, ketika mangsa berada di rumah jurulatih tersebut,'' katanya.

Beliau berkata, jurulatih terbabit mendakwa perbuatan menjijikkan tersebut dilakukan kerana mangsa gagal mematuhi arahan diberi ketika latihan.

''Mangsa juga telah diugut oleh suspek supaya tidak memaklumkan insiden itu kepada ibu bapanya,'' katanya.

Difahamkan, mangsa telah mendapatkan rawatan di Hospital Kajang susulan kejadian. - Getaran, 25 Mei 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang