web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penternak Tarik Nafas Lega, Produk Lain Berasaskan Ayam Dibenar Dieksport Semula

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jun 2022 8:16PM

Kerajaan telah memberikan kebenaran khas terhadap produk berasaskan ayam, ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam untuk dieksport. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Golongan penternak kini mampu menarik nafas lega selepas kerajaan akhirnya memberikan kebenaran khas terhadap produk berasaskan ayam, ayam daging berwarna termasuk ayam kampung dan ayam hitam serta “Day Old Chick (DOC) Parent Stock untuk kembali dieksport ke luar negara.

Jurucakap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan (MAFI) berkata, langkah berkenaan diambil setelah mengadakan beberapa siri pertemuan dan perbincangan terperinci dengan pemain industri serta persatuan penternak berhubung isu tersebut yang telah menjadi rungutan pelbagai pihak, baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau berkata, larangan eksport untuk ayam pedaging (commercial broiler), ayam bulat, keratan ayam dan anak ayam Day Old Chick (DOC) berumur sehari masih kekal berkuatkuasa.

“Selaras dengan keputusan Jemaah Menteri pada 23 Mei 2022, MAFI melalui Jabatan Perkhidmatan Kuarantin Dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) telah menghentikan eksport ayam yang meliputi ayam hidup, rangka ayam bulat, keratan daging ayam dan produk makanan berasaskan ayam bermula 1 Jun 2022. 

“(Tindakan) ini bagi memastikan pengeluaran bekalan ayam yang berterusan supaya sekuriti makanan di Malaysia kekal terjamin,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Jurucakap itu berkata, kawalan secara fizikal di semua pintu keluar akan terus dilaksanakan oleh pegawai penguatkuasa MAQIS dan sebarang aktiviti untuk mengeksport komoditi berkenaan tidak dibenarkan. 

“Konsainan (penternak) eksport komoditi tersebut perlu diuruskan sewajarnya oleh pemilik permit,” katanya.

Getaran sebelum ini melaporkan, Presiden Persekutuan Persatuan-Persatuan Penternak (FLFAM), Tan Chee Hee menggesa kerajaan membenarkan semula eskport ayam berbulu berwarna, ayam kampung dan produk ayam diproses bagi mengekalkan integriti pengeksport tempatan.

Beliau berkata, pihaknya menyambut baik sekiranya sekatan itu hanya dikenakan ke atas ayam daging, namun tidak kepada tiga jenis produk ayam lain.

Menurutnya, ia disebabkan produk ayam lain termasuk ayam berbulu berwarna, ayam kampung dan produk ayam diproses tidak mendapat permintaan menggalakkan dalam kalangan rakyat Malaysia.

Sementara itu, Jurucakap MAFI menegaskan, kerajaan memandang serius sebarang penyalahgunaan terhadap kebenaran khas tersebut dan sekiranya terdapat perlanggaran, pesalah boleh dikenakan tindakan di bawah subseksyen 11(2) dan 11(3), Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan 2011 [Akta 728].

“Sekiranya disabit kesalahan, mereka boleh didenda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak melebihi 6 tahun atau kedua-duanya. Bagi kesalahan kedua atau yang berikutnya, mereka boleh didenda tidak melebihi RM150,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi 7 tahun atau kedua-duanya.

“Kerajaan akan terus memantau keadaan bekalan ayam dan dijangka ia akan kembali stabil bermula Jun 2022. Sebarang pertanyaan atau maklumbalas mengenai larangan eksport komoditi ayam, boleh dikemukakan melalui email kepada feedback@maqis.gov.my,” katanya. - Getaran, 15 Jun 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 5 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'