web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Jangan Luluskan RUU Hapuskan Sekatan Tubuh Kesatuan Pekerja - MEF

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 18 Jun 2022 12:14PM

MEF berpendapat bahawa langkah kerajaan untuk menggalakkan kepelbagaian kesatuan sekerja dan kesatuan sekerja omnibus akan membahayakan hubungan industri sedia ada yang selama ini harmoni. - Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) membantah cadangan pindaan Akta Kesatuan Sekerja 1959 yang bertujuan menghapuskan sekatan penubuhan kesatuan sekerja.

Presiden MEF, Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, cadangan memadamkan pemadaman perenggan (a) Seksyen 2 dan subseksyen 2(2) bagi takrifan “kesatuan sekerja” atau “kesatuan” dalam akta sedia ada akan memberi kuasa kepada ketua pengarah kesatuan sekerja untuk menolak pendaftaran kesatuan sekerja.

Menurut beliau, sekiranya RUU berkenaan diluluskan di Parlimen, ketua pengarah tidak lagi boleh menolak untuk pendaftaran kesatuan sekerja walaupun sudah wujud kesatuan seumpamanya di premis berkenaan. 

"Saya berpuas hati sekiranya tidak ada kepentingan pekerja untuk mewujudkan kesatuan sekerja lain. Jika terdapat terlalu banyak kesatuan sekerja di sesuatu premis, pelabur antarabangsa mungkin tidak tertarik untuk melabur di Malaysia.

"Langkah kerajaan untuk menggalakkan kepelbagaian kesatuan sekerja dan kesatuan sekerja omnibus akan membahayakan hubungan industri sedia ada yang selama ini harmoni," katanya menerusi kenyataan kepada Getaran, hari ini.

Dr Syed Hussain Syed Husman
Dr Syed Hussain Syed Husman

Terdahulu, RUU Kesatuan Sekerja (Pindaan) 2022 yang digubal selaras dengan prinsip Konvensyen 87 Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) mengenai Kebebasan Berpersatuan dan Perlindungan Hak untuk Berorganisasi dijangka dibentangkan di Parlimen untuk bacaan kali kedua Julai depan.

Antara lain, RUU ini bertujuan menghapuskan sekatan ke atas pembentukan kesatuan sekerja berdasarkan pertubuhan tertentu atau persamaan dalam perdagangan, pekerjaan atau industri untuk membolehkan kepelbagaian kesatuan sekerja.

Syed Hussain berkata, wujud kebimbangan dalam kalangan pihak berkepentingan, kesatuan sekerja dan majikan mengenai hasrat kerajaan untuk melaksanakan kebebasan berpersatuan di tempat kerja, terutamanya dalam membenarkan operasi lebih daripada satu kesatuan sekerja di premis sama.

Menjelas lanjut, jelas beliau, Malaysia memerlukan persekitaran tempat kerja majikan dan kesatuan sekerja pekerja yang seimbang walaupun MEF menyokong prinsip Konvensyen ILO 87. 

"Kita mesti praktikal dan juga berhati-hati bahawa pemadaman peruntukan sedemikian daripada Akta Kesatuan Sekerja tidak akan menjadi kepentingan keseluruhan negara.

"Sebaliknya, pindaan sedemikian, jika diluluskan, akan mengubah secara drastik watak kesatuan sekerja yang akan merombak keharmonian sistem perhubungan industri sedia ada di Malaysia. 

"Pada masa sama, ia berpotensi menyebabkan ketidakharmonian industri pada skala nasional akibat ekonomi yang terjejas teruk,” katanya. 

Malaysia memerlukan persekitaran tempat kerja majikan dan kesatuan sekerja pekerja yang seimbang walaupun MEF menyokong prinsip Konvensyen ILO 87. - Gambar oleh Alif Omar
Malaysia memerlukan persekitaran tempat kerja majikan dan kesatuan sekerja pekerja yang seimbang walaupun MEF menyokong prinsip Konvensyen ILO 87. - Gambar oleh Alif Omar

Sementara itu Syed Hussain mengingatkan, kesatuan sekerja berisiko digunakan sebagai wadah atau alat politik yang boleh menjejaskan kestabilan ekonomi. 

"Ia juga boleh membentuk mana-mana individu termasuk warga asing dan menganjurkan aktiviti kesatuan di Malaysia untuk mengejar kepentingan peribadi, politik atau lain-lain yang mungkin tidak selaras dengan kepentingan negara," katanya. 

Tambah beliau, di bawah undang-undang baharu yang dicadangkan, risiko tercetusnya mogok di seluruh negara adalah nyata dan boleh mengganggu ketenteraman awam.

Syed Hussain menegaskan, ia adalah isu penting yang perlu dipertimbangkan sebelum pindaan kepada Akta Kesatuan Sekerja 1959 dibuat.

"Tambahan pula pada waktu sama, majikan perlu berdepan dengan perubahan besar ini dalam tempoh pemulihan, yang sepatutnya menumpukan kepada pembinaan semula perniagaan.

“Keadaan ini akan menimbulkan kebimbangan dan cabaran besar buat majikan,” katanya. - Getaran, 18 Jun 2022.





 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'