web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Minggu TVET Negara Wadah Terbaik Sampaikan Maklumat Kepada Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Jun 2022 1:02PM

Noraini Ahmad - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Minggu Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) Negara 2022 adalah wadah terbaik dalam meningkatkan persepsi positif masyarakat terhadap bidang tersebut, selain memperluaskan sebaran maklumat berkaitan, khususnya dari aspek kerjaya.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, pelaksanaan program tersebut juga mampu meningkatkan keterlibatan TVET dalam setiap lapisan masyarakat dan menjadi platform bagi mengeratkan lagi jaringan kerjasama antara industri.

"Kita juga memperkenalkan logo TVET yang akan menjadi simbol kebersamaan semua kementerian penyedia. Slogan TVET Pilihan Utama Kerjaya turut menjadi pilihan sebagai laungan keramat semua institusi bidang tersebut di negara ini.

"Kita juga akan menerbitkan Buku Penjenamaan TVET Negara yang dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bersama logo hari ini. Ia akan memberikan panduan kepada penyedia bidang berkenaan dalam mempertingkatkan lagi penjenamaannya di persada nasional serta global," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap sempena Minggu TVET Negara di Politeknik Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah.

Noraini berkata, Majlis TVET mensasarkan lima aspek bagi memperkasa sektor tersebut iaitu governan, Industri, kualiti, pembiayaan dan penjenamaan demi pemerkasaan bidang tersebut

"Beberapa agenda juga dikenal pasti termasuklah merangka model pembiayaan mampan dan membangunkan dasar bagi menggalakkan penyertaan industri.

“Kita juga mengenal pasti usaha mewujudkan pelan penjenamaan TVET Nasional, menubuhkan TVET Collaboration Hub (TCH) dan dasar penyelarasan penawaran program tersebut serta membangunkan data raya TVET (DRT),” katanya. – Getaran, 20 Jun 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini