web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Suspek Baling Batu, Tendang Kucing Direman 3 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 21 Jun 2022 11:53AM

Suspek berusia 27 tahun dibawa ke Mahkamah Sungai Petani bagi mendapatkan perintah tahanan reman terhadapnya, pagi tadi.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SUNGAI PETANI - Perbuatan tidak berperikemanusiaan seorang lelaki yang tergamak membaling batu dan menendang dua ekor kucing seperti tular di media sosial baru-baru ini, menerima padah apabila dia ditahan polis hari ini.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner (ACP) Zaidy Che Hassan berkata, lelaki berusia 27 tahun itu ditahan di rumahnya di Kampung Pengkalan Merbok di sini kira-kira jam 1.29 petang semalam.

Menurutnya, suspek direman selama tiga hari bagi membantu siasatan kes berkenaan.

“Sewaktu disoal siasat, lelaki itu mendakwa dia mengalami gangguan emosi kerana tidak bekerja.

“Malah keluarganya juga mendakwa suspek sebelum ini adalah pencinta haiwan dan banyak membela kucing di rumahnya,” katanya kepada media hari ini.

Terdahulu, tular dua rakaman CCTV dengan satu daripadanya menunjukkan lelaki tersebut menendang seekor kucing hingga melambung dan mengenai keretanya.

Satu lagi rakaman memaparkan lelaki itu membaling batu ke arah seekor kucing sedang makan hingga mengakibatkan haiwan tersebut seakan menggelupur menahan sakit.

Zaidy menambah, kedua-dua kucing tersebut diambil Jabatan Perkhidmatan Veterinar Kedah untuk diselamatkan dan diberikan rawatan.

“Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Muda sedang menyiasat kes ini di bawah Seksyen 428 Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat terhadap haiwan yang memperuntukkan hukuman maksimum tiga tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekali.

“Kes tersebut turut disiasat di bawah Seksyen 29(1)(e) Akta Kebajikan Haiwan 2015 oleh pihak Jabatan Veterinar Kedah yang memperuntukkan hukuman denda tidak kurang RM20,000, tidak lebih RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.” - Getaran, 21 Jun 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Polis Tahan Lelaki Bantu Siasatan Kes Buang Kucing Dalam Sungai

2

Semasa 5 bulan yang lalu

Insiden Selisih Faham Di Taiping, Polis Minta Saksi Tampil Bantu Siasatan

3

Semasa 5 bulan yang lalu

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

4

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Nasib Baik Ada 'Pendamai', Tak Jadi Nak Gaduh

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 17 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah