web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerajaan Tambah BKM, RM100 Bagi Isi Rumah, Individu Bujang RM50

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Jun 2022 5:29PM

Ismail Sabri mengadakan sidang media khas hari ini bagi mengumumkan mengenai BKM dan subsidi. - Gambar oleh Noreeza Hashim

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan mengumumkan bayaran tambahan Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) kepada golongan B40, masing-masing bernilai RM100 bagi isi rumah dan RM50 untuk individu bujang, mulai 27 Jun ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, penambahan itu diberikan selepas mengambil kira cabaran kos sara hidup dan kenaikan harga barang keperluan asas makanan sejak kebelakangan ini.

Menurut beliau, bayaran Fasa 2 BKM membabitkan peruntukan sebanyak RM1.11 bilion dan setiap penerima bantuan itu akan menerima sehingga RM400 mengikut kategori kelayakan masing-masing. 

“Justeru, setiap penerima BKM (jika ditambah dengan BKM tunai tambahan) bakal menerima sehingga RM500 mengikut kategori kelayakan BKM masing-masing. 

“Bayaran bantuan tunai tambahan yang dibayar sekali dengan bayaran Fasa 2 BKM, membabitkan tambahan peruntukan sebanyak RM630 juta,” katanya menerusi sidang media khas, hari ini.

Ismail Sabri menegaskan, bayaran berkenaan bakal memanfaatkan hampir 8.6 juta penerima merangkumi empat juta isi rumah, 1.2 juta warga emas bujang dan tiada pasangan serta 3.4 juta individu bujang.

Jelasnya, setiap penerima yang layak akan memperoleh bayaran secara berperingkat mulai Isnin ini, membabitkan jumlah peruntukan sebanyak RM1.74 bilion.

“Pembayaran ini juga bagi meringankan beban kewangan golongan B40, terutamanya dalam menyambut Aidiladha tidak lama lagi dan akan disalurkan seperti jadual (ditetapkan). Semakan status pembayaran boleh dibuat bermula 27 Jun ini melalui pautan https://bkm.hasil.gov.my. 

“Kerajaan sentiasa cakna dengan keperluan semasa, terutama melibatkan kenaikan harga barangan keperluan dan akan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia, khususnya kumpulan sasar,” katanya.

Mengulas perkara berbeza, Ismail Sabri berkata, kerajaan memansuhkan subsidi minyak masak berbotol dua kilogram, tiga kilogram dan lima kilogram (kg) disebabkan aktiviti penyeludupan oleh pihak tidak bertanggungjawab.

Pada masa sama, beliau menegaskan, subsidi tersebut sebenarnya hanya berbentuk program sementara yang dilaksanakan pada Ogos 2021 demi membantu rakyat terkesan akibat pandemik COVID-19.

“Program subsidi sementara untuk minyak masak berbotol ini hanyalah untuk tempoh tiga bulan dengan kos RM55 juta sebulan. Bagaimanapun, kerajaan mendapati minyak masak berbotol yang disubsidi banyak diselewengkan pihak industri, komersial dan aktiviti penyeludupan. 

“Sehubungan dengan itu, kerajaan membuat keputusan mulai 1 Julai 2022 untuk tidak lagi menyambung subsidi untuk minyak masak berbotol kerana objektif awal program ini adalah membantu golongan terkesan pandemik,” katanya. - Getaran, 22 Jun 2022.
 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'