web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Netizen Kecam Tarian Seksi Artis Ketika Acara Dihadiri Menteri, Pelajar Tahfiz

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Jun 2022 6:58PM

Tangkap layar video media sosial yang menunjukkan seorang penyanyi menari seksi di majlis tersebut.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Satu paparan video klip menyaksikan penari dangdut ‘seksi’ bergelek ketika acara dipercayai diadakan pada sambutan Aidilfitri lalu yang dianjurkan Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP), kembali tular di media sosial.

Video klip berdurasi 26 saat itu yang asalnya dimuat naik di Twitter, memaparkan seorang artis tempatan menggoyangkan pinggulnya ketika membuat persembahan di hadapan penonton.

 Menerusi video klip itu, kedengaran beberapa hadirin bersorak ketika artis wanita itu menari seksi.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada persembahannya itu diadakan ketika di pertengahan atau akhir acara.

Majlis didakwa diadakan pada 18 Mei lalu di Manhattan Ballroom, Hotel Berjaya Times Square itu, menyaksikan penyertaan kira-kira 600 tetamu, termasuk 70 pelajar tahfiz dan 20 anak yatim yang hadir menerima bantuan YWP.

Laman sesawang YWP memaklumkan, acara berlangsung dari jam 12.30 tengah hari hingga 3 petang itu, dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Shahidan Kassim dan ketua eksekutif yayasan itu, Datuk Zaizalnizam Zainun.

Acara tersebut turut diserikan dengan kehadiran beberapa artis tempatan, iaitu Haiza Hanafi, Khai Bahar, Baby Shima, Shiha Zikir, Adam AF2, Ifa Raziah, Zaiton Sameon, Datin Salwa Ab Rahman dan Datin Alyah yang turut menghiburkan tetamu bersama kumpulan muzik Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Penyanyi dangdut didakwa menari seksi dalam video tersebut adalah Baby Shima.

Bagaimanapun, susulan penularan video itu, artis berusia 29 tahun terbabit memberitahu mStar, gerakan tariannya kelihatan tidak senonoh kerana dia cuba menahan dari terbuang ‘angin’.

“Ia juga kelihatan tidak senonoh kerana sudut kamera,” katanya.

Video tular ketika rakyat berdepan peningkatan kos sara hidup dan barangan keperluan itu, mencetuskan rasa tidak puas hati netizen.

Situasi itu menyebabkan netizen turut menghentam kerajaan dan UMNO kerana dianggap tidak sensitif terhadap ‘perjuangan’ rakyat meneruskan kehidupan dalam keadaan sukar kini.

Pada masa sama, Zaizalnizam berkata, yayasan itu menyalurkan pelbagai bentuk bantuan bernilai RM3.5 juta ketika acara berkenaan kepada penduduk Wilayah Persekutuan, termasuk biasiswa, peralatan sekolah dan alat pendengaran. - Getaran, 24 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Politik 1 bulan yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

2

Politik 2 bulan yang lalu

UMNO Muktamad Calon PRK Nenggiri Minggu Depan – Ahmad Zahid

3

Politik 5 bulan yang lalu

Zahid harap MCA Berubah Hati, Bantu Kempen PRK Kuala Kubu Bharu

4

Politik 5 bulan yang lalu

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 9 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 10 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Politik 17 jam yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi