web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Remaja 17 Tahun Disahkan Hilang, Telefon Bimbit Dikesan Di Negeri Sembilan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jun 2022 6:15PM

Kali terakhir Nur Hidayati dilihat, dia memakai baju berwarna merah dan berseluar hitam.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seorang remaja perempuan berusia 17 tahun disahkan hilang dari rumahnya di Kondominium Sri Suajaya, Kampung Bandar Dalam, Sentul sejak Isnin lalu.

Keluarga remaja terbabit, Nur Hidayati Dueaijan Mazlan membuat laporan berhubung kehilangannya kira-kira jam 6.43 petang, sehari selepas kejadian.

Ketua Polis Daerah Sentul, Asisten Komisioner (ACP) Beh Beng Lai berkata, Nur Hidayati ketika kejadian dilaporkan keluar dari rumah untuk ke kedai kira-kira jam 7.20 petang.

Menurut beliau, sehingga kini dia masih gagal dikesan atau dihubungi.

“Ibunya telah cuba untuk menghubungi telefon bimbit remaja tersebut namun gagal. Kali terakhir anak perempuannya itu dilihat memakai baju berwarna merah dan berseluar hitam.

“Nur Hidayati dianggarkan memiliki ketinggian sekitar 1.45 meter, berkulit cerah, berbadan sederhana dan kedua-dua matanya berwarna coklat,” katanya hari ini.

Eng Lai memberitahu, kehilangan remaja berkenaan sudah dihebahkan melalui Nur Alert.

“Polis Kuala Lumpur menyeru orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkenaan kehilangan remaja ini diminta untuk tampil memberikan keterangan.

“Mereka juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat kes iaitu Inspektor Noramalina Md Jamil di talian 017-3185868 atau menghubungi Bilik Gerakan IPD Sentul di talian 03-40482222,” katanya.

Mengikut poster yang dicetak keluarganya, kali akhir telefon bimbit Nur Hidayati dikesan berada di Nilai, Negeri Sembilan. - Getaran, 25 Jun 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 minggu yang lalu

Amang Seksual: 3 Pembantu Pelajar Madrasah Mengaku Tidak Bersalah

2

Semasa 2 bulan yang lalu

SPRM Tahan 2 Pegawai Kanan Disyaki Terima Rasuah RM14,000

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Remaja Lelaki 14 Tahun Dilaporkan Hilang Di Muar

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Imigresen Tahan 142 Pendatang Asing Di Kuala Pilah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia