web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pemandu Rempuh 11 Kenderaan Di Tambak Johor Miliki 33 Saman Lampau

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 08 Jul 2022 2:39PM

Pemandu tersebut kini direman tiga hari bermula hari ini. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BAHRU - Pemandu lori yang merempuh 11 kenderaan di Tambak Johor semalam mempunyai 33 rekod saman lampau atas pelbagai kesalahan trafik.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan ACP Raub Selamat berkata lelaki berusia 34 tahun itu juga mempunyai enam saman yang masih belum dijelaskan.

“Saringan air kencing mendapati lelaki itu negatif terhadap dadah,” katanya yang dihubungi hari ini.

Pemandu tersebut kini direman tiga hari bermula hari ini dengan perintah reman dikeluarkan Penolong Pendaftar Mahkamah Majistret Johor Bahru Melody Woon Sze Mun.

Terdahulu, lelaki itu yang memakai kemeja-T berwarna hitam dan berseluar jeans biru, tiba di pekarangan Mahkamah Johor Bahru dalam keadaan bergari kira-kira 10 pagi.

Semalam, polis menahan seorang pemandu lori warga tempatan yang terlibat dalam kemalangan tersebut pada 1.15 tengah hari.

Hasil siasatan mendapati kemalangan pada 9.25 pagi itu berpunca daripada masalah teknikal yang dialami lori membawa muatan habuk batu berkenaan.

Raub dilaporkan berkata enam kenderaan yang terlibat dalam kemalangan itu merupakan kenderaan tempatan manakala enam lagi kenderaan asing.

Selain lori tersebut, sembilan kenderaan lain adalah kereta manakala masing-masing satu van dan bas.

Bagaimanapun, tiada kecederaan dilaporkan dalam kemalangan itu. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Helaian Janggut Antara Barang Dirampas Dalam Serbuan Di Rumah Pengurusan Tertinggi GISBH

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Ahli GISBH Didapati Amal Tarekat Aurad Muhammadiyah - KPN

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia