web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Kerap Jalankan Ujian Saringan Untuk Kurangkan Kemalangan Babit Kenderaan Berat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 14 Jul 2022 7:36PM

Wee Ka Siong - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ujian saringan dadah dan alkohol wajar dijalankan lebih kerap kepada pemandu lori agar kadar kemalangan membabitkan kenderaan berat itu dapat dikurangkan.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Dr Wee Ka Siong berkata, pemeriksaan berkala dijalankan Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) itu juga perlu dilaksanakan secara mengejut di pelbagai lokasi, termasuk di pejabat syarikat pengangkutan serta logistik.

“Kes kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat seperti treler semakin menjadi-jadi. Malah turut melibatkan kehilangan nyawa pengguna jalan raya lain.  

“Saya amat sedih dengan apa yang berlaku. Takziah buat ahli keluarga mereka.

“Semoga roh mereka dicucuri rahmat,” luahnya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Beliau berkata demikian bagi mengulas kemalangan menyaksikan empat individu maut dalam kemalangan membabitkan tujuh kenderaan, termasuk treler di kilometer (km) 277.1 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah selatan, petang semalam.

Ketua Polis Perak, Datuk Mior Faridalathrash Wahid dilaporkan berkata, empat individu yang maut itu adalah pemandu kenderaan berusia 60 tahun; isterinya, 59, yang duduk bersebelahan serta dua anak perempuan mereka, masing-masing berusia 27 tahun dan 28 tahun.

Beliau dilaporkan berkata, pemandu treler terbabit mempunyai 13 rekod kesalahan trafik, sejak 2008 hingga tahun lalu, termasuk tiga daripadanya adalah terbabit dalam kemalangan jalan raya pada 2012, 2020 dan 2021.

Tegasnya, ujian air kencing yang dijalankan mendapati lelaki itu tidak memandu di bawah pengaruh dadah dan suspek direman selama tiga hari bermula hari ini selepas perintah tersebut dikeluarkan Penolong Pendaftar, Puteri Nordina Kamalaudin di Mahkamah Majistret Ipoh.

Dalam pada itu, Ka Siong berkata, pihaknya mengarahkan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS) dan Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) meneliti kes kemalangan jalan raya membabitkan kenderaan berat dengan lebih menyeluruh.  

“Kaedah penyelesaian berkesan perlu disegerakan. Mana-mana syarikat juga perlu bertanggungjawab sepenuhnya terutama jika hasil siasatan mendapati kenderaan mereka tidak diselenggara dengan baik, tidak mematuhi peraturan dan seumpamanya.

“Kita tidak mahu syarikat tidak bertanggungjawab ini lepas tangan dan hanya tamak mengaut keuntungan sehingga mengabaikan keselamatan pekerja, iaitu pemandu serta pengguna jalan raya lain,” katanya,

Jelasnya, syarikat dan pemain industri juga perlu memandang serius perkara ini, terutama dalam memastikan keselamatan pekerja mereka sentiasa terjamin.  

“Undang-undang digubal perlu dipatuhi dan dihormati sepenuhnya, ianya bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan lebih-lebih lagi apabila ia membabitkan nyawa manusia,” katanya. - Getaran, 14 Julai 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Pasukan Perubatan Peribadi Agong Rawat 2 Mangsa Kemalangan

2

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Jalan Kampung Tak Payahlah Laju-Laju Bang!

3

Video & Galeri 3 bulan yang lalu

Siapa Yang Bersalah?

4

Semasa 3 bulan yang lalu

Lelaki Maut Ditimpa Jengkaut Terbalik

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global