web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


100 Kes Seleweng Minyak Masak Bersubsidi Direkod Dalam 24 Hari

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 25 Jul 2022 1:44PM

KPDNHEP merekodkan 100 kes membabitkan nilai rampasan RM2.2 juta bagi pelbagai kesalahan penyelewengan ketirisan bekalan minyak masak bersubsidi sejak 1 hingga 24 Julai lalu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) merekodkan 100 kes membabitkan nilai rampasan RM2.2 juta bagi pelbagai kesalahan penyelewengan ketirisan bekalan minyak masak bersubsidi sejak 1 hingga 24 Julai lalu.

Timbalan Menterinya, Datuk Rosol Wahid menegaskan, pihaknya menerima 117 aduan sepanjang pelaksanaan pemantauan Operasi Ayam Telur Minyak Masak (APM) dan operasi Anti Sorok yang turut disertai pelbagai agensi penguatkuasa.

“Operasi pemeriksaan di 12,417 premis dan untuk makluman, 100 kes direkodkan meliputi nilai rampasan berjumlah RM2.2 juta, iaitu kesalahan menyeleweng bekalan minyak masak bersubsidi.

“Bagi ayam dan telur, kita (kerajaan) sudah tentukan harga ayam RM9.40 sekilogram. Bermula 1 sehingga 24 Julai lalu, sebanyak 10,302 premis diperiksa dan menyaksikan sebanyak 157 kes dengan nilai rampasan sebanyak RM22,677,” katanya.

Datuk Rosol Wahid - Gambar Fail
Datuk Rosol Wahid - Gambar Fail

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan daripada Datuk Seri Rohani Abdul Karim (PBB-Batang Lupar) pada sesi jawab lisan di Dewan Rakyat, hari ini.

Rohani bertanyakan bagaimana peraturan sedia ada dapat mengekang isu dan situasi kritikal seperti ketidakcukupan bekalan barang asas makanan di pasaran, selain peningkatan harga mendadak sehingga menjejaskan pengguna.

Dalam pada itu, bagi menjawab soalan asal Ahli Parlimen itu yang ingin kerajaan menyatakan undang-undang boleh digunakan bagi kawal selia isu catut, Rosol menegaskan, pihaknya mengguna pakai Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 untuk menangani isu tersebut.

Menerusi akta itu, beliau menegaskan, ia memfokuskan kepada dua asas tindakan, iaitu menentukan harga maksimum terhadap barang keperluan, harga musim perayaan dan situasi tertentu jika terdapat keperluan, di samping pencatutan terhadap peniaga yang membuat keuntungan tinggi serta tidak munasabah.

Jelasnya, KPDNHEP juga menguatkuasakan mekanisme penentuan pencatutan melalui peraturan kawalan harga anti pencatutan bagi menentukan keuntungan tinggi tidak munasabah pada tahun 2018.

Menurut beliau, tindakan itu mewajibkan syarikat atau peniaga menawarkan barangan dan caj perkhidmatan mematuhi undang-undang terbabit.

“Pada masa sama, sesi libat urus sentiasa diadakan antara peniaga dan syarikat dengan kementerian melibatkan persatuan pengguna, persatuan perniagaan, perwakilan perniagaan, syarikat perundangan serta cukai mahupun Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM).

“Kementerian memang sentiasa mencari jalan untuk menambah baik akta tersebut untuk kebaikan kita bersama,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan