web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah Milik PH, Bukan Idea Kerajaan ‘Keluarga Malaysia’

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Jul 2022 5:39PM

Sesi perbahasan RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 diadakan di Dewan Rakyat, hari ini - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Rang Undang-Undang (RUU) Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 merupakan manifesto milik Pakatan Harapan (PH) yang telah 99 peratus dirangka ketika gabungan itu menjadi kerajaan selepas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

Perkara tersebut didedahkan M Kulasegaran (DAP-Ipoh Barat) yang berkata, ia bukan perkara baharu dilaksanakan kerajaan ‘Keluarga Malaysia’

Menurut beliau, PH komited mewujudkan RUU tersebut kerana mampu mewujudkan kebaikan dan suasana positif kepada suri rumah.

“Namun, ada tercicir apabila sumbangan kerajaan dalam keselamatan sosio rumah tidak muncul dalam undang-undang. Saya khuatir kerana tiada obligasi atau jaminan dari kerajaan bahawa wang itu akan dibayar setiap tahun kepada SOCSO. 

“Berbeza dengan PH kerana semua sumbangan kerajaan tanggung untuk membiayai projek ini kerana ia khusus kepada B40, perlu ambil kira kesusahan mereka. Maka, pertolongan perlu diberikan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sesi perbahasan RUU Keselamatan Sosial Suri Rumah 2022 di Dewan Rakyat, hari ini.

Dalam pada itu M Kulasegaran mengharapkan, birokrasi sistem eKasih perlu diperhalusi dengan lebih teliti oleh kerajaan agar ia tidak membebankan penerima yang terlalu mengharapkan bantuan disalurkan dengan kadar segera.

“(eKasih dipohon) ambil masa dua ke tujuh bulan, memang tak masuk akal langsung, ia menyusahkan masyarakat. Itu perlu diambil kira oleh SOCSO supaya mengatasi masalah itu. Kalau ada mekanisme, itu lebih baik,” katanya.

Sementara itu beliau berkata, rakyat juga dilihat membuka mata agar RUU berkenaan dibawa dengan kadar segera namun telah dimungkiri Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan.

M Kulasegaran turut mempersoalkan, bilangan rakyat Malaysia yang tercedera atau mati dan layak menerima bantuan.

“Apakah Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) telah menyampaikan bantuan yang sebaiknya terhadap mangsa.

“Jika kita terajui kerajaan, Mac dah jadi undang-undang. Kerajaan ini tidur dan tidak membawa RUU ini yang telah kami siapkan dan hanya perlu ke Parlimen. Ini menunjukkan ketidakseriusan kerajaan. Kita perlu dasar sosio di (setiap) negeri khususnya selepas pandemik COVID-19,” katanya.

Jelas beliau, PERKESO perlu mengadakan hospital khusus buat pekerja.

“Kerajaan perlu memperluaskan pembinaan hospital dan adakan pelbagai program seperti rawatan kanser yang hanya spesifik untuk pekerja dan lebih baik daripada hospital biasa,” katanya. - Getaran, 25 Julai 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global