web statsweb stats

Berita Terkini

7 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tangguh Undi18 Mencabul Sistem Demokrasi - Dr Maszlee

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Apr 2021 9:08PM

Dr. Mahathir Mohamad hadir bagi memberi sokongan terhadap beberapa Ahli Parlimen yang dipanggil untuk memberi keterangan kes protes Undi18 di IPD Dang Wangi, hari ini. - Gambar oleh Syeda Imran.

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menangguhkan Undi18 walaupun ia telah diluluskan di peringkat Dewan Rakyat dan Dewan Negara dilihat sebagai satu pencabulan ke atas sistem demokrasi.

Ahli Parlimen Simpang Renggam, Dr Maszlee Malik berkata, tindakan tersebut seolah-olah menafikan hak perlembagaan sekali gus menindas pengundi.

Bekas Menteri Pendidikan itu berkata, golongan muda perlu bangkit mendaftar mengundi bagi menentukan pemerintahan akan datang dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15).

“Bagi pengundi muda, segeralah berdaftar. Anda lihat bagaimana kerajaan ada sekarang ini mencabuli demokrasi, membuli anda, menafikan hak perlembagaan maka dalam pilihan raya nanti anda tentukan nasib mereka” katanya semasa ditemui di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi hari ini.

Mengulas lanjut Maszlee berkata, beliau hadir di IPD itu bagi memberi keterangan berhubung susulan siasatan kes protes Undi18 yang diadakan di hadapan bangunan Parlimen. Sabtu lalu.

"Terima kasih kepada PDRM menjalankan tugas secara profesional, sebagai Ahli Parlimen kami jalankan tugas kami," katanya lagi.

Turut hadir Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah dan bekas Pengerusi Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan bagi memberi keterangan mengenai siasatan kes protes Undi18.

Bagi menyokong mereka, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir turut dilihat di IPD Dang Wangi bersama beberapa lagi pemimpin politik pembangkang.

“Sengaja melewatkan Undi18 adalah satu tindakan boleh disifatkan sebagai menafi hak golongan muda pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

"Jika ada penundaan, maka itu disengajakan. Mereka berusaha untuk menghentikan hak golongan muda daripada mengambil bahagian dalam pilihan raya dan itu tidak adil,” kata Dr Mahathir.

Beliau membuat kejutan apabila hadir di situ bagi menyatakan sokongan terhadap beberapa Ahli Parlimen pembangkang yang dipanggil untuk diambil keterangan kerana terlibat dalam protes Undi18 di Parlimen pada Sabtu lepas. - Getaran 2 April 2021.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Kepincangan Syarikat GISBH Semakin Terdedah

Semasa 9 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

PU Azman Dipenjara 24 Tahun, 2 Sebatan Lakukan Amang Seksual Terhadap Remaja lelaki

Semasa 16 jam yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka