web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Pahlawan Mat Kilau Dinobat Tokoh Maal Hijrah Pahang

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Jul 2022 2:08PM

Tokoh sejarah dan pahlawan Pahang, Mat Kilau menjadi penerima Anugerah Tokoh Maal Hijrah Negeri Pahang 2022. Anugerah itu diterima cucu pahlawan tersebut, Mohd Alhamadi Abu Bakar, 56 - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUANTAN - Tokoh sejarah dan pahlawan Pahang Mat Kilau dinobatkan sebagai Tokoh Maal Hijrah Pahang pada sambutan peringkat negeri yang berlangsung di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah di sini hari ini. 

Pemangku Raja Pahang Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berkenan menyampaikan anugerah itu kepada cucu pahlawan tersebut Mohd Alhamadi Abu Bakar yang menerima wang tunai RM10,000, trofi dan sijil. 

Mohd Alhamadi, 56, yang merupakan seorang pendidik melahirkan rasa syukur dan terharu terhadap kerajaan negeri Pahang kerana memberikan pengiktirafan tersebut kepada datuknya dan berharap ia terus meningkatkan semangat juang keluarga serta orang ramai untuk mengembangkan syiar Islam. 

"Perjuangan Mat Kilau adalah atas dasar agama... perjuangan menentang Inggeris bersama ayahnya Tok Gajah dan Datuk Bahaman adalah disebabkan kuasa penjajah yang hendak masuk ke Pahang dan memperkenalkan sistem pemerintahan Inggeris. 

"Maka disebabkan itu, Mat Kilau dan rakan-rakannya bangkit bangun melawan demi menegakkan Islam di Pahang," katanya semasa ditemui pemberita selepas tamat majlis sambutan yang bertemakan ‘Keluarga Malaysia Pemangkin Kemakmuran’ itu.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Tengku Panglima Raja Kol Tengku Amir Nasser Ibrahim Shah dan turut disertai barisan pentadbiran negeri diketuai Menteri Besar Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail dan Mufti Pahang Datuk Seri Dr Abdul Rahman Osman. 

Mat Kilau atau nama sebenarnya Muhammad Khatib Rasu Abd Salam dijaga ibu bapa Mohd Alhamadi selama kira-kira 30 tahun sebelum beliau meninggal dunia pada 16 Ogos 1970 pada usia 104 tahun. Semasa itu Mohd Alhamadi berumur sekitar lima tahun. 

Mohd Alhamadi berkata datuknya yang mesra dipanggil 'Aki Kilau' juga menjadikan zikir dan bacaan surah Al-Ikhlas sebagai amalan setiap hari yang kini diwarisi ahli keluarga serta ahli seni silat tapak suci warisan Mat Kilau.

Menyifatkan dirinya sebagai 'hanya wakil penerima anugerah itu', Mohd Alhamadi berkata wang tersebut akan digunakan sebaiknya bagi menambah baik galeri Mat Kilau di sini, yang diusahakannya sendiri sejak tahun 2016 dan persatuan seni silat tersebut. 

Sementara itu, berdasarkan kenyataan jawatankuasa induk dan pelaksana sambutan, Mat Kilau yang merupakan anak jati Kampung Kedondong, Pulau Tawar di Jerantut berpengetahuan luas dalam agama dan pernah belajar agama daripada tokoh agama dan ulama tersohor. 

Antaranya ialah Mufti Pahang pertama Uthman Senik, ulama Sayyid Abdul Rahman Sayyid Muhammad Al-Idrus atau lebih dikenali sebagai Tokku Paloh dan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu semasa beliau bersembunyi di negeri tersebut. 

Selain itu, Mat Kilau juga pandai mengaji al-Quran, berzanji, berdikir maulud dan berdikir rebana yang turut dikenali sebagai Dikir Pahang serta handal dalam ilmu persilatan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

Bekas Mufti Pulau Pinang, Presiden Kesatuan Ulama Sedunia Penerima Tokoh Maal Hijrah 

2

Semasa 7 bulan yang lalu

Atlet Silat SUKMA Terengganu Maut Terkena Sepakan Lawan

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Pertunjukan Silat Wajar Dapat Kebenaran Kerajaan Arab Saudi - Mufti

4

Budaya 10 bulan yang lalu

Silat Diiktiraf UNESCO Seni Pertahanan Diri Warisan Budaya Melayu

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia