web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


MB Selangor 'Sekolahkan' Pengkritik Projek Stadium Shah Alam

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Aug 2022 6:19PM

Stadium Shah Alam - Gambar oleh Mohd Hazli Hassan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengkritik Ronnie Liu dengan menyifatkan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pelek itu sebagai tersilap dalam penilaiannya terhadap kos naik taraf Stadium Shah Alam dan Kompleks Sukan Shah Alam.

Amirudin juga mendakwa terdapat pihak yang dibayar untuk memburukkan projek berkenaan dan menjejaskan imejnya.

Ronnie sebelum ini dilaporkan sebagai berkata, nilai RM787 juta untuk menaik taraf kompleks itu adalah terlalu mahal walaupun projek pengubahsuaian terbabit tidak melibatkan sumber daripada kerajaan negeri, penilaian kos perlu dilakukan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR).

Amirudin memetik perbandingan dengan kos pembangunan Kompleks Sukan Negara di Bukit Jalil yang terdiri daripada Stadium Nasional, Arena Axiata, Pusat Akuatik Negara dan Stadium Hoki Negara serta landskap sekitar yang mencecah RM1 bilion.

“RM787 juta adalah cara saya membandingkan Kompleks Sukan Shah Alam dengan Kompleks Sukan Bukit Jalil. Ini bernilai RM1 bilion. Bila ia dibuat? Tahun 2016 sampai 2017.

“Satu jawatankuasa khas yang ditubuhkan kerajaan negeri akan membuat penilaian kos. MBI (Menteri Besar Incorporated) akan dilantik buat sementara waktu secara kontrak dan bukannya duduk di bawah pejabat kerajaan,” kata Amirudin semasa ucapan penggulungan Rancangan Selangor Pertama 2021-2025 (RS-1) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, Selasa lalu.

Terdahulu, Ronnie mencelah Amirudin untuk menyatakan bahawa sebarang kos untuk pengubahsuaian stadium perlu dibuat oleh JKR.

“Saya khuatir jika kos pembaikan dibuat oleh pihak lain atau pemaju terlibat dalam rancangan ini, ia akan menelan belanja RM787 juta untuk membaiki Stadium Shah Alam.

"Saya tidak percaya ia akan menelan belanja sebanyak itu, walaupun saya tidak mempunyai bukti, dan saya bukan pakar untuk mengatakan ia sangat mahal," katanya Ronnie.

Amirudin kemudian mendakwa bahawa terdapat pihak, termasuk mereka yang rapat dengan Ronnie, 'dibayar' untuk menentang projek terbabit dan mempertikaikan semua maklumat dinyatakan, termasuk kos pembaikan.

“Kamu nak tunggu JKR? Yang Berhormat pun faham, pernah menjadi exco bahawa JKR mempunyai senarai projek yang panjang. Kita perlu menunggu tiga tahun untuk senarai itu.

“Kedua, pengarah jawatankuasa khas itu ialah bekas pengarah JKR Selangor. Jadi, disiplin mengenai penilaian harga barang tetap sama, dan kita juga merujuk kepada JKR mengenai penilaian itu.

“Sebab itu jawatankuasa khas ini akan menjadi pengimbang antara syarikat dan kerajaan negeri,” katanya.

Pada bulan lalu, diumumkan bahawa stadium berkenaan akan diberi nafas baharu.

Amirudin menambah, pembaikan dan pengubahsuaian struktur semasa termasuk Malawati Indoor Arena, akan menelan kos RM787 juta.

Beliau juga menjelaskan bahawa kadar harga terbabit termasuk kerja-kerja mengangkat platform stadium sebanyak 1.5 meter untuk mengelakkan banjir, seperti yang berlaku pada 2006, 2015, dan 2021 serta menggantikan keseluruhan sistem pendawaian dan panel bumbung yang rosak di stadium semasa.

Katanya, ini adalah sesuatu yang perlu dinilai kerana ia boleh menjadi lebih 'berhemat' untuk membina kemudahan baharu bagi kos sebegitu. - The Vibes, 5 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Fasa Meroboh Stadium Shah Alam Bermula 

2

Politik 4 bulan yang lalu

PRK KKB: Signal Keyakinan Rakyat Terhadap Kerajaan Perpaduan Semakin Utuh - Amirudin 

3

Politik 6 bulan yang lalu

Selat Klang Isytihar Sokong MB, Ada Rakan Lain Bakal Ikut Jejak?

4

Sukan 9 bulan yang lalu

MBSA Beri Kebenaran Roboh Stadium Shah Alam - Amirudin

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia