web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


SPBT Hasilkan Lebih Banyak Produk Buah ‘Original’, Berkualiti Kepada Rakyat

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Aug 2022 8:47PM

Sebanyak 25 tanaman mencakupi 104 varieti disenaraikan dalam Senarai Varieti Tanaman Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SERDANG – Kerajaan sentiasa memberi fokus kepada pengeluaran bahan tanaman tulen dan berkualiti menerusi pematuhan prosedur serta pencapaian standard ditetapkan.

Menteri Pertanian dan Industri Makanan, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee berkata, usaha itu kerana pengeluaran bahan tanaman dengan pendekatan tersebut bebas penyakit, sekali gus memberi impak kepada kesejahteraan serta kesihatan rakyat.

Katanya, selaras dengan hasrat tersebut, Jabatan Pertanian membangunkan Skim Pengesahan Bahan Tanaman (SPBT) yang dilaksanakan sepenuhnya sejak tahun 2012.

“Menerusi skim ini, sebanyak 25 tanaman mencakupi 104 varieti disenaraikan dalam Senarai Varieti Tanaman.

“Seramai 111 orang sudah dilatih dan dilantik sebagai pegawai pemeriksa yang kompeten. 

“Ketika ini, SPBT merekodkan seramai 228 orang pengeluar berdaftar sebagai peserta skim, di samping 63.3 juta pokok induk dan 63.6 juta bahan tanaman sudah disahkan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agropelancongan Malaysia (MAHA) 2022 di Taman Ekspo Pertanian Malaysia Serdang (MAEPS) di sini, hari ini.

Ronald berkata, beliau difahamkan, antara faedah bagi peserta skim itu adalah berpeluang menjadi pembekal anak benih klon buah-buahan untuk projek pertanian.

Jelasnya, Jabatan Pertanian juga turut membantu mempromosikan nurseri tanaman peserta melalui pameran dan laman sesawangnya.

“Tambahan, peserta boleh menerima khidmat nasihat dan bimbingan berkaitan hal pengeluaran anak benih daripada pegawai Jabatan Pertanian yang sentiasa sedia berkhidmat demi rakyat,” katanya.

Bagaimanapun, beliau berkata, pencapaian itu tidak boleh dihentikan, malah usaha berterusan daripada semua pihak berkaitan harus dijalankan bagi memperkasa sektor agromakanan demi menjamin sekuriti makanan negara.

“Saya berharap bilangan peserta yang mendapat manfaat daripada skim ini dapat disebar luas melalui khidmat pengembangan berkesan. 

“Tawaran harga jualan menarik dan peluang menembusi pasaran antarabangsa diharap dapat memikat minat lebih ramai peserta,” katanya.

Terdahulu, Ronald menegaskan, fokus utama Dasar Agromakanan Negara 2021-2030 (DAN 2.0) adalah untuk memastikan sistem rantaian makanan dapat mendepani cabaran sekuriti makanan. 

“Ia dilaksanakan melalui jaminan terhadap keselamatan bekalan makanan negara yang bukan sahaja mencukupi, tetapi juga mampu dimiliki, selamat dan berkualiti,” katanya. - Getaran, 7 Ogos 2022 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 12 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global