web statsweb stats

Berita Terkini

16 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Pada Mak Nyah Belum Diputuskan, Bincang Dahulu Dengan MB - Exco

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 11 Aug 2022 4:51PM

Tindakan terhadap seorang individu yang mencetuskan kontroversi pada Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW22) minggu lalu, akan diputuskan sebaik sahaja perbincangan secara holistik diadakan - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ALOR SETAR – Tindakan terhadap seorang mak nyah yang mencetuskan kontroversi apabila berpakaian mencolok mata pada Minggu Fesyen Kedah 2022 (KFW22) minggu lalu, akan diputuskan sebaik sahaja perbincangan secara holistik diadakan.

Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Kerajaan Tempatan negeri, Datuk Dr. Mohd Hayati Othman berkata, perbincangan tersebut bakal melibatkan Menteri Besar, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menurut beliau, Sanusi ketika ini difahamkan berada di luar Kedah dan hanya akan pulang esok selepas menghadiri beberapa urusan rasmi, termasuk mengunjungi Pameran Pertanian, Hortikultur dan Agro Pelancongan Malaysia (MAHA) 2022 yang turut menempatkan Pavilion Kedah di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang.

"Dari segi undang-undang, pakaian dikenakan lelaki itu memang boleh diambil tindakan. Tetapi perkara ini perlu dibincangkan secara menyeluruh.

"Saya dimaklumkan lelaki itu datang dari Sungai Petani bersama rakan-rakannya ke KFW22. Selepas gambarnya tular, dia dikatakan sudah memadam semua gambar tersebut dalam laman media sosialnya," katanya kepada Getaran di sini, hari ini.

Menerusi kenyataan dibuatnya semalam, Dr Mohd Hayati memaklumkan, ‘wanita’ terbabit sebenarnya ialah mak nyah yang 'berlakon' seperti seorang model sambil menggayakan pakaian tidak bersesuaian dan mengambil gambar serta video, sebelum dimuat naik di media sosial.

Tindakan individu berkenaan dipercayai dibuat atas kapasiti peribadi dan dia bukanlah peserta yang dijemput untuk memperagakan pakaian dalam acara tersebut.

Mengulas lanjut Dr. Mohd Hayati berkata, penganjur program juga telah mendapatkan permit dari Pejabat Daerah Kota Setar dan menyatakan kesediaan mematuhi setiap peraturan ditetapkan.

"Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) ada melakukan pemantauan dan mendapati pakaian dikenakan model tersebut masih mengikut peraturan ditetapkan serta tidaklah terlalu mencolok mata.

"Namun seperti dinyatakan semalam, kerajaan negeri memang berhasrat untuk mengkaji bagi memperkemaskan peraturan kecil berkaitan hiburan dan pertunjukan pada masa akan datang. Tindakan itu dibuat bagi memastikan peraturan sedia ada menjadi lebih jelas," katanya. - Getaran 11 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 3 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Orang Asli Antara Yang Awal Keluar Mengundi

Politik 3 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'