web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tak Mahu Teman Ibu Pinjam Duit, Anak Cedera Dibelasah Ayah

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Aug 2022 6:24PM

Mohamad Farouk Eshak - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

AMPANG - Akibat berang kerana tidak mahu menemani ibu meminjam duit daripada ahli keluarga terdekat, seorang anak cedera dibelasah bapanya, di sini semalam. 

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, mangsa yang dipukul dan dipijak kini sedang menerima rawatan di Hospital Ampang.

Menurut beliau, insiden berkenaan yang berlaku kira-kira jam 7.55 malam itu tercetus apabila suspek bertengkar dengan isterinya, iaitu ibu mangsa, dipercayai kerana masalah kewangan.

“Suspek bertindak menarik rambut isterinya apabila wanita terbabit enggan meminjam wang daripada keluarga terdekat, seperti diarahkan lelaki itu.

“Mangsa turut diarah suspek untuk menemani ibunya meminjam duit dan dimaki dengan kata-kata kesat dalam bahasa Tamil apabila enggan berbuat demikian,” katanya hari ini.

Mohamad Farouk berkata, tidak cukup dengan makian, mangsa ditampar pada bahagian kanan kepala, malah suspek turut bertindak menolak dan memijak kepala anaknya itu.

“Suspek ditahan sejurus kita menerima laporan dan semakan mendapati, dia memiliki tiga rekod lampau termasuk kesalahan berkaitan dadah.

“Kejadian disahkan berpunca daripada masalah kewangan dan suspek telah direman untuk disiasat di bawah Seksyen 323 Kanun keseksaan /18 Akta Keganasan Rumah Tangga 1994 yang merujuk kepada sengaja menyebabkan kecederaan,” katanya.

Jika sabit kesalahan jelas beliau, lelaki itu boleh dipenjara sehingga setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali.

“Orang ramai dinasihatkan agar terlibat dalam sebarang perbuatan yang boleh menyebabkan kecederaan kepada pihak lain,” katanya. - Getaran, 18 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'