web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Malaysia Sasar Menang Anugerah Grammy

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Apr 2021 10:55AM

Ratusan penerima manfaat inisiatif pemulihan CENDANA menyertai acara tersebut melalui penstriman langsung. - Gambar dari CENDANA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia mensasarkan mampu memenangi anugerah Grammy pertama, dengan penubuhan Perbadanan Muzik Negara yang menguruskan dan mentadbir perkembangan industri muzik tanah air.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Saifuddin Abdullah berkata, sekarang adalah masa terbaik untuk menubuhkan perbadanan tersebut kerana perbincangan mengenainya sudah lama dilakukan, lapor The Vibes.

“Kita harus mendapatkan mandat dari Kabinet. Kerana itu kami sedang menyediakan kertas kerja untuk dibentangkan.

“Tujuan penubuhan perbadanan ini adalah untuk memberi rakyat kuasa bagi mempertahankan, menyatukan dan memartabatkan industri muzik,” katanya di sidang media dan majlis anugerah untuk penerima manfaat inisiatif pemulihan Badan Pembangunan Ekonomi Budaya (CENDANA) di Pusat Seni Kuala Lumpur di Sentul di sini.

Antara yang hadir adalah CEO pengasas CENDANA Izan Satrina Mohd Sallehudin dan pengerusi MyCreative Ventures Sdn Bhd Noor Azmi Mat Said

Saifuddin berkata, perbadanan itu mempunyai beberapa objektif jangka masa sederhana dan panjang, tetapi ada beberapa matlamat jangka masa singkat akan diimplementasikan dalam masa terdekat.

“Ini termasuk program ‘Road to The Grammy Awards’, tetapi mereka yang mengikuti perkembangan tidak perlu risau kerana ia tidak melibatkan dana sedia ada.

“Kami faham untuk mencapai objektif untuk menang Anugerah Grammy akan memakan belanja besar. Perkara ini sama dengan perbincangan bersama Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dalam program ‘Road to the Oscars’. Kami akan mencari dana tambahan,” tambahnya.

Beliau berkata antara objektif jangka masa singkat yang sedia ada termasuk penganjuran Anugerah Nasyid Antarabangsa tahun ini untuk menjadikan Malaysia “pusat nasyid kontemporari”.

Saifuddin merasmikan penyampaian inisiatif pemulihan CENDANA, di mana bantuan sebanyak RM10 juta diagihkan kepada 575 penerima. Pembiayaan ini sebahagian daripada inisiatif PENJANA kerajaan.

Beliau berkata, dana itu akan membantu untuk mewujudkan atau mengekalkan 3,000 pekerjaan dalam industri kreatif.

Saifuddin menambah bahawa inisiatif itu memberi manfaat penggiat seni di Malaysia. 

Sebilangan penerima manfaat hadir di acara tersebut, sementara ratusan lagi menonton penstriman secara langsung acara tersebut.

Saifuddin berkata yang jumlah geran yang diterima berbeza mengikut aplikasi dan program yang disasarkan.

“Kami mahu membantu seramai mana penggiat industri kreatif yang boleh. Kami sedang melihat gambaran yang lebih besar dengan berunding dengan stesen televisyen, termasuk sektor swasta.

“Sasaran utama adalah untuk membolehkan sebanyak yang mungkin aktiviti kreatif untuk dianjurkan selepas setahun industri ini dilanda pandemik COVID-19,” kata Saifuddin. - Getaran, 6 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

KESUMA Sambut Baik Penyediaan Dana Latihan RM30 Juta

2

Luar Negara 2 bulan yang lalu

UK Beri Amaran Kebuluran Di Gaza, Hantar Kapal Tentera Laut Bawa Bantuan

3

Semasa 2 bulan yang lalu

Tekanan Antarabangsa Meningkat Paksa Israel Buka Laluan Ke Gaza

4

Semasa 2 bulan yang lalu

Majlis Kewangan Negara Setuju Tambah Pemberian Kepada Kerajaan Negeri Tahun Ini

Sorotan

1

Setem Rai Ulang Tahun Ke-100 Tambak Johor Mula Dijual Hari Ini

2

Alami Masalah Tekanan, MH780 Buat Penurunan Kecemasan

3

Skuad B-16 Belasah Timor-Leste 5-0

4

PRK Sungai Bakap: Tiada Pusat Mengundi Awal Dibuka Pada 2 Julai – SPR

5

Hatrik Heberty Julang JDT, Tanigawa Sekat Hajat Terengganu

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Mahkamah Tolak Permohonan Injunksi Sementara Azizi Henti PRK DUN Nenggiri

Sukan 4 jam yang lalu

Piala FA: Terengganu Berpesta Gol, Kedah Bawa Bekalan Tipis Ke Alor Setar

Semasa 4 jam yang lalu

3 Maut, 4 Parah Traktor Pekerja Ladang Jatuh Gaung

Semasa 16 jam yang lalu

Penarafan Kredit Malaysia Kekal: Bukti Pengurusan Ekonomi Berhemat Kerajaan