web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Tindakan Najib Lafaz Sumpah Mubahalah Perlu Ditegur, Permain Sentimen Agama - Mujahid

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 22 Aug 2022 1:43PM

Semalam Najib Razak melakukan sumpah mubahalah di hadapan jemaah Masjid Kampung Baru, Kuala Lumpur menjelang prosiding rayuan akhir kesnya di Mahkamah Persekutuan - Tangkapan layar video Facebook Najib Razak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad dan mufti digesa menegur tindakan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak melakukan sumpah mubahalah bagi menafikan dirinya tidak terlibat dalam kes SRC International Sdn Bhd (SRC).

Naib Presiden AMANAH, Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, perbuatan itu amat dikesali kerana ia hanyalah untuk mempermainkan sentimen agama di kalangan penyokong Najib ketika prosiding rayuan akhirnya sedang berjalan di Mahkamah Persekutuan.

Menurut beliau, sumpah itu dilakukan Najib selepas pelbagai cubaan untuk menangguhkan perbicaraannya yang telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah tidak berjaya.

“Lebih dikesali lagi apabila beliau mengumpul penyokong bersama untuk menyaksikan sumpahnya itu termasuk seorang penceramah agama, Datuk Mohd Kazim Elias.

“Ia dilakukan ketika Mahkamah Tinggi menjatuhkan hukuman beliau bersalah. Tiga panel hakim Mahkamah Rayuan telah menjatuhkan hukuman beliau bersalah dan kini lima hakim Mahkamah Persekutuan pula bersidang untuk menentukan nasib beliau. 

“Bagi saya, tidak ada sumpah mubahalah dalam kes jenayah kecuali untuk kes li'an sahaja. Mufti dan Menteri Agama yang ada perlu memberikan teguran dalam isu ini,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Najib Tun Razak membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan - Gambar Fail
Najib Tun Razak membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan - Gambar Fail

Semalam, Najib melakukan sumpah mubahalah di hadapan jemaah Masjid Kampung Baru dekat sini menjelang prosiding rayuan akhir kes bekas Perdana Menteri itu di Mahkamah Persekutuan, esok.

Najib membacakan teks sumpah berkenaan selepas selesai solat hajat dan doa munajat bersama jemaah masjid berkenaan. 

Dalam sumpah itu, Najib antara lain mengulangi penafian beliau terbabit dalam SRC atau 'mengarahkan mana-mana anggota atau pengarah atau mana-mana pegawai SRC untuk menyelewengkan apa-apa dana syarikat SRC ke dalam akaun bank aku untuk apa-apa tujuan pun'.

Beliau juga mendakwa tidak pernah menerbitkan atau bersetuju mewujudkan syarikat SRC untuk tujuan merangkum apa-apa dana bagi tujuan peribadi atau keluarga.

Dalam pada itu, Mujahid turut meluahkan kebimbangan mengenai pendekatan dilakukan mantan Presiden UMNO berkenaan.

“Apakah ini wajah Melayu kita inginkan atau Melayu yang lebih bermaruah serta memegang nilai-nilai agama dengan sebaik-baiknya bukan Melayu boleh dimainkan emosinya dengan sentimen perkauman dan agama sempit?” soalnya.

Susulan itu, beliau yang juga mantan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) menyeru rakyat Malaysia memberi sepenuh kepercayaan terhadap sistem perundangan di negara ini.

“Buat masa sekarang berilah kepercayaan kepada Mahkamah Persekutuan pimpinan Ketua Hakim Negara untuk membuat keputusan dengan adil dan berdasarkan bukti dan saksi dalam perbicaraan.

“Jika Najib didapati tidak bersalah, bebaskanlah dia dan jika dia didapati bersalah hukumlah dia seadil-adilnya,” katanya. - Getaran, 22 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini