web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Mekanik Ugut Bekas Teman Wanita Enggan Teruskan Hubungan Cinta Ditahan

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Aug 2022 1:09PM

Gambar hiasan pexels

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang lelaki mengugut bekas teman wanitanya dengan pisau kerana enggan meneruskan hubungan mereka mengundang padah apabila dia diberkas polis dalam kejadian di Taman Ukay Bistari dekat Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak berkata, kejadian berlaku apabila mangsa pergi ke rumah suspek berusia 19 tahun yang bekerja sebagai mekanik itu untuk menuntut ganti rugi.

“Siasatan awal mendapati, mangsa menuntut ganti rugi perbelanjaan ketika menjadi pasangan kekasih berjumlah RM700.

“Suspek kemudian bertindak kasar dengan menolak mangsa lalu mengacu dua bilah pisau berlainan sebanyak dua kali,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Mohamad Farouk Eshak
Mohamad Farouk Eshak

Beliau berkata, suspek turut mengugut akan membunuh mangsa kerana enggan meneruskan hubungan cinta mereka.

Katanya, suspek juga merampas telefon bimbit remaja perempuan berusia 17 tahun itu dan menghempasnya ke lantai sehingga rosak.

“Bertindak atas maklumat yang diterima pada jam 8.30 malam tadi, sepasukan polis membuat tangkapan ke atas seorang suspek.

“Hasil pemeriksaan lanjut terhadap suspek di tempat tinggalnya turut berjaya merampas sebatang cota, dua bilah pisau dan sebuah telefon bimbit yang digunakan semasa kejadian,” katanya.

Mohamad Farouk berkata, semakan rekod jenayah lampau terhadap suspek mendapati, lelaki itu tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah.

Katanya, suspek akan direman selepas dihadapkan ke mahkamah pagi ini untuk siasatan lanjut di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan. - Getaran, 24 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Semasa 4 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 4 jam yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global