web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Najib Dipenjara: Jangan Terlalu Gembira Seolah Anda ‘Bersih’ - Tegur Anwar

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2022 9:31PM

Anwar berkata ia adalah ‘rahsia umum’ apabila segelintir pemimpin mengumpul bilion ringgit yang didedahkan dalam skandal antarabangsa, Pandora dan Panama. - Gambar tangkap layar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegur sikap segelintir pemimpin meraikan pemenjaraan mantan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak atas sabitan rasuah, dengan mengatakan seolah-olah mereka sendiri ‘bersih’ dan tidak melakukan sebarang kesalahan.

“Saya tidak menghina mereka yang dipenjarakan. Saya tahu bagaimana isteri, anak, dan rakan mereka fikirkan.

“Tolong jangan cuba ambil kesempatan atas situasi (pemenjaraan) untuk menunjukkan anda lebih hebat, kerana mereka yang mengutuk Najib sekarang pun (terbabit) rasuah,” katanya selepas menyampaikan ucaptama pada seminar bertajuk ‘Pathway to a better future for Malaysia’ di Grand Dorsett Subang.

Presiden PKR itu berkata, ia adalah ‘rahsia umum’ apabila segelintir pemimpin mengumpul bilion ringgit yang didedahkan dalam skandal antarabangsa, Pandora dan Panama.

Kertas Pandora merujuk kepada jutaan ‘dokumen bocor’ yang dibuat Konsortium Antarabangsa bagi Wartawan Penyiasatan (ICIJ) dan didedahkan kepada umum pada 2 Oktober 2021, berhubung pemilikan akaun luar pesisir pemimpin kini dan terdahulu, termasuk presiden, Perdana Menteri, hartawan dan ahli perniagaan terkemuka.

Antara pemimpin yang dikaitkan adalah Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz; Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi’ mantan Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin, selain daripada PKR, William Leong dan ahli perniagaan dalam buruan, Low Taek Jho.

Panama Papers merujuk kepada pendedahan dokumen bahawa pemimpin dunia dan selebriti menyimpan wang mereka di syarikat luar pesisir dan pusat perlindungan cukai.

ICIJ pada 2016 melaporkan, anggota kerajaan Malaysia dan keluarga mereka adalah antara pemilik memiliki firma luar pesisir di Singapura dan Kepulauan Virgin Britain.

Kelmarin, Najib diperintah menjalani hukuman penjara 12 tahun bermula Selasa selepas Mahkamah Persekutuan mengekalkan sabitan Mahkamah Tinggi terhadap Ahli Parlimen Pekan itu bagi kesemua tujuh pertuduhan berkaitan kes rasuah SRC International Sdn Bhd.

Anwar sendiri dijatuhi hukuman penjara lima tahun atas sabitan berkaitan liwat yang dikekalkan Mahkamah Persekutuan pada Februari 2015.

Kes itu yang secara kebetulan dibicarakan semasa zaman Najib sebagai Perdana Menteri mencetuskan perdebatan hebat selepas beberapa isu yang menjadi pertikaian dibawa ke mahkamah.

Anwar diberi Pengampunan Diraja dibebaskan dari penjara pada Mei 2018.

Terdahulu dalam ucapannya, Anwar meluahkan kesedihannya mengenai dasar awam dan muslihat berterusan ahli politik yang mengumpul kekayaan untuk diri mereka sendiri, sehingga menjejaskan rakyat.

“Kita tidak boleh mengabaikan ‘kata-kata sinis’ yang semakin meningkat dalam kalangan mereka yang hilang harapan bahawa ahli politik boleh membuat apa sahaja yang menyumbang kepada penyelesaian masalah asas ini,” katanya. - The Vibes, 25 Ogos 2022

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Jawatankuasa Kerja Akan Ditubuh Untuk Teliti Ancaman Pencemaran Air - PM

2

Semasa 1 bulan yang lalu

PM Arah Pihak Berkuasa, Majlis Agama Segera Siasat, Ambil Tindakan Isu GISB

3

Semasa 1 bulan yang lalu

MA63: Pemberian Khas Khas Interim Sabah, Sarawak Naik Kepada RM600 juta

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Anwar Hadir Majlis Makan Malam Bersama Kepimpinan Kerajaan Sabah

Sorotan

1

Operasi Pencarian Sabari Meliputi Keluasan 13 Km Sungai Padang Terap

2

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

3

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

4

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

5

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

6

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia