web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Bantu Rakyat Dari Bankrap, Kerajaan Teliti Cadangan Pindaan Akta 360 - Wan Junaidi

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2022 4:02PM

Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Cadangan Jabatan Insolvensi Malaysia (MdI) untuk melaksanakan pindaan ke atas empat peruntukan bagi melancarkan proses pentadbiran estet kebankrapan perlu dikaji dengan teliti oleh Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) dan Jabatan Peguam Negara (AGC).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang), Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, kajian tersebut perlu melibatkan pelbagai aspek, khususnya implikasi terhadap orang ramai.

Menurut beliau, cadangan untuk pindaan berkenaan mencakupi penambahbaikan ke atas Seksyen 33C Akta 360 berkenaan pelepasan automatik, bagi membantu lebih ramai individu muflis keluar dari status tersebut selepas tempoh tiga tahun.

“Jabatan terbabit berpandangan, terdapat keperluan untuk kerajaan meletakkan sasaran had masa pemfailan Borang Bukti Hutang oleh pemiutang, demi mempercepatkan proses pelepasan kebankrapan atau pembatalan perintah kebankrapan.

“Memansuhkan Mesyuarat Pertama Pemiutang iaitu cadangan untuk mesyuarat pemiutang hanya perlu diadakan berdasarkan keperluan dan permintaan pemiutang bagi mengelakkan kelengahan dan perancangan seterusnya dapat dibuat untuk membantu bankrap keluar daripada kebankrapan,” katanya hari ini.

Wan Junaidi berkata, jabatan berkenaan juga mencadangkan penambahan penggunaan baharu berkenaan teknologi komunikasi jarak jauh dalam urusan pentadbiran kebankrapan untuk memudahkan individu muflis berurusan dengan MdI secara dalam talian dan digital, serta memudahkan pentadbiran kebankrapan.

“Fokus utama Jabatan Insolvensi Malaysia adalah untuk mempercepatkan proses pentadbiran kebankrapan dan membantu bankrap untuk keluar daripada kebankrapan dengan segera.

“Kami mencadangkan beberapa libat urus dengan pemegang taruh khususnya Kementerian Kewangan, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Kementerian Belia dan Sukan, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri serta kementerian yang bertanggungjawab,” katanya.

Jelas Wan Junaidi, langkah tersebut bagi mengawal selia syarikat termasuk perusahaan kecil dan sederhana Malaysia serta usahawan dalam kategori mikro sebelum memuktamadkan cadangan dan membawanya ke Jemaah Menteri melalui satu Memorandum Jemaah Menteri (MJM).

Beliau menarik perhatian, statistik kes kebankrapan yang didaftarkan menunjukkan pola penurunan, iaitu12,051 kes bagi tahun 2019, diikuti 8,351 kes (2020), 6,554 kes (2021) dan 3,604 kes (2022) setakat Julai lalu.

Dari sudut peratusan pula katanya, berlaku pengurangan kes dicatatkan pada 26.88 peratus pada 2019 berbanding 30.70 peratus (2020) dan 21.52 peratus (2021).

“Pola penurunan ini turut disebabkan oleh beberapa faktor lain termasuk inisiatif kerajaan melalui pemberian moratorium dan bantuan bersasar bank, melibatkan perbincangan antara pihak pemberi pinjaman dan peminjam bagi membuat penyusunan semula hutang.

“Meskipun terdapat penurunan kes kebankrapan pada ketika ini, Jabatan Insolvensi Malaysia akan sentiasa meneliti jumlah serta punca kes kebankrapan yang difailkan pihak pemiutang serta menambah baik Akta 360 bagi menjadikan pentadbiran kes kebankrapan lebih efisien,” katanya. - Getaran, 26 Ogos 2022.

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini