web statsweb stats

Berita Terkini

17 jam yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


2 Ditahan Seleweng Subsidi Diesel

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 27 Aug 2022 4:07PM

Turut dirampas ialah 47 tong jenis IBC berkapasiti 1,000 liter, 31 tong berisi cecair disyaki berisi 31,000 liter minyak diesel, sebuah lori dan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda - Gambar KPDNHEP Selangor

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SHAH ALAM - Dua individu yang dipercayai terlibat dalam sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi di sekitar kawasan Semenyih, Hulu Langat, ditahan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, semalam.

Pengarah KPDNHEP Selangor, Mohd Zuhairi Mat Radey berkata, dua lelaki berusia 35 dan 45 tahun itu, terlebih dahulu ditahan polis dari Ibu Pejabat Polis Bukit Aman, sebelum diserahkan kepada penguatkuasa kementerian.

“Mereka disyaki terbabit dalam sindiket penyelewengan minyak diesel bersubsidi, membabitkan jumlah keseluruhan RM163,550.

“Turut dirampas ialah 47 tong jenis IBC (intermediate bulk containers) berkapasiti 1,000 liter, 31 tong berisi cecair disyaki berisi 31,000 liter minyak diesel, sebuah lori dan sebuah kenderaan jenis pacuan empat roda yang dipercayai digunakan bagi aktiviti itu,” katanya hari ini.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati kedua-dua suspek gagal mengemukakan sebarang dokumen atau kebenaran daripada pengawal bekalan bagi menyimpan serta melakukan urus niaga barang kawalan iaitu diesel dan petrol.

“Siasatan dibuat mengikut Seksyen 21 Akta Kawalan Bekalan 1961 kerana memiliki barang kawalan dengan menimbulkan syak munasabah,” katanya.

Jelas beliau, kes turut disiasat mengikut Peraturan 3(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Bekalan 1974 kerana melibatkan urusan dengan barang kawalan berjadual tanpa lesen yang sah.

“KPDNHEP akan menjalankan siasatan lanjut ke atas kes serahan itu bagi mengenal pasti pihak yang turut terlibat dalam aktiviti berkenaan,” katanya. - Getaran, 27 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Remaja Dihanyut Arus Deras Ditemukan Lemas, Ibu Masih Hilang

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Kedah Meningkat, 1 PPS Baharu Dibuka

Politik 4 jam yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'