web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penangguhan Akta Kerja 1955 Beri Peluang Majikan Bangkit Semula - MEF

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2022 7:15AM

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF) berkata, penangguhan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 akan membolehkan pihak terlibat memahami sepenuhnya peruntukan pindaan tersebut - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Keputusan kerajaan menangguhkan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 ke 1 Januari tahun depan akan memulihkan semula kedudukan pelbagai syarikat di negara ini, khususnya perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Presiden Persekutuan Majikan Malaysia (MEF), Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman berkata, tindakan itu akan membolehkan pihak terlibat memahami sepenuhnya peruntukan pindaan tersebut.

Menurut beliau, ia juga memberi peluang kepada majikan untuk merangka semula dasar syarikat berdasarkan keperluan pindaan Akta Kerja 1955.

Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman - Gambar Fail
Datuk Dr Syed Hussain Syed Husman - Gambar Fail

“MEF berterima kasih kepada kerajaan khususnya kepada Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan atas penangguhan pelaksanaan Pindaan Akta Kerja 1955 kepada 1 Januari 2023 yang sebelum ini dijadual berkuatkuasa 1 September ini.

“Walaupun MEF sebelum ini menggesa pelaksanaan ditangguhkan sekurang-kurangnya sehingga penghujung 2023, namun penangguhan sehingga 1 Januari 2023 berupaya membantu majikan terutamanya PKS untuk lebih fokus memulih dan membina semula perniagaan mereka,” katanya kepada Getaran, semalam.

Katanya, keputusan kerajaan itu akan memberi tempoh mencukupi kepada Jabatan Buruh Semenanjung Malaysia (JTKSM) menghasilkan dasar diperlukan pekerja, bagi memohon kepada majikan untuk pengaturan kerja yang fleksibel.

“Agensi penguatkuasaan dapat mengukuhkan strategi bagi memastikan majikan mematuhi sepenuhnya Akta Kerja 1955, terutamanya melibatkan peruntukan yang dipinda,” katanya.

Kelmarin, kerajaan memutuskan pelaksanaan pindaan Akta Kerja 1955 yang sepatutnya berkuatkuasa 1 September ini, ditangguhkan ke 1 Januari tahun depan.

Antara kandungan pindaan yang ditangguhkan itu ialah penambahan cuti bersalin daripada 60 hari ke 98 hari, penetapan cuti paterniti tujuh hari, pengurangan waktu kerja mingguan daripada 48 kepada 45 jam serta aturan kerja fleksibel untuk pekerja.

 Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, penangguhan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan itu atas beberapa faktor - Gambar Fail Bernama
Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, penangguhan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan itu atas beberapa faktor - Gambar Fail Bernama

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M Saravanan dilaporkan berkata, penangguhan itu diputuskan dalam mesyuarat Kabinet pada Jumaat, selepas pihak industri dan majikan sebulat suara memohon penangguhan itu atas beberapa faktor.

Bagaimanapun, Saravanan memberi jaminan, penangguhan tersebut adalah yang terakhir dan ia akan tetap dilaksanakan bermula 1 Januari 2023, tanpa mengambil kira alasan diberikan majikan. 

Pelaksanaan akta tersebut jelas Syed Hussain, akan meningkatkan kos kerja lebih masa tahunan daripada RM2,000 kepada RM4,000 sebulan.

Langkah ini katanya, bakal menyebabkan majikan mengalami kerugian RM80.87 bilion setahun.

Beliau berkata, pada masa sama, pengurangan jam kerja daripada 48 kepada 45 jam seminggu juga akan mewujudkan kerugian kepada majikan sehingga RM26.88 bilion setahun.

“Sementara itu, majikan akan kehilangan RM2.97 bilion setahun menerusi pertambahan cuti bersalin daripada 60 kepada 98 hari dan RM275 juta setahun sekiranya cuti paterniti tujuh hari berterusan setiap kelahiran dikuatkuasakan.

“Secara keseluruhan, ia akan merekodkan kerugian sebanyak RM110.99 bilion setahun dan amatlah mencabar buat majikan untuk menyerap anggaran kos terbabit, khususnya semasa ketidaktentuan pasaran global akibat isu rantaian bekalan yang timbul daripada COVID-19 dan konflik geopolitik di Ukraine,” katanya. - Getaran, 28 Ogos 2022

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK Mahkota: Kemenangan Besar Isyarat Jelas Retorik Pembangkang Tidak 'Berbisa'

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad

Semasa 14 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini