web statsweb stats

Berita Terkini

2 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 bulan yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 bulan yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 bulan yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Graduan Jangan Memilih, Lebih Baik Gaji Rendah Dari Menganggur - Saravanan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 07 Apr 2021 5:36PM

M Saravanan. - Gambar oleh Sadiq Asyraf

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Semua rakyat Malaysia yang masih menganggur diminta tidak bersikap terlalu memilih demi memastikan mereka memiliki pekerjaan untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri M. Saravanan berkata, adalah lebih baik menerima gaji ditawarkan itu daripada perlu meneruskan hidup sebagai penganggur.

Kenyataan itu bagaimanapun dilihat bercanggah dengan pengakuannya bahawa tawaran gaji rendah yang diberikan khususnya kepada golongan graduan, tidak relevan dengan situasi semasa, lebih-lebih lagi di kawasan bandar.

“Untuk hidup di bandar besar, gaji minimum diperlukan adalah sekitar RM3,000, terutamanya penduduk tempatan yang pastinya memiliki pelbagai komitmen,” katanya.

Pada masa sama Saravanan memberi jaminan, kerajaan tidak pernah berhenti daripada mengkaji jumlah gaji minimum yang dikira berpatutan dengan kos sara hidup masa kini.

Namun usaha itu katanya, mungkin berdepan kesukaran berikutan krisis kewangan yang dicetuskan pandemik COVID-19.

Kerajaan jelas beliau lagi, perlu memastikan wujud keseimbangan antara membantu rakyat dan menyokong golongan majikan.

Dalam perkembangan berkaitan, saranan diberikan Saravanan itu bagaimanapun menerima pelbagai reaksi, khususnya apabila ia disiarkan di Twitter, oleh BFM News menerusi ciapan mereka.

Menurut mereka, lambakan graduan yang dilahirkan semua institusi pengajian tinggi (IPT) tempatan menyebabkan ijazah diterima seolah tidak lagi bernilai.

Seorang pengguna dengan nama Center for Market Education berkata, ijazah bukan lagi satu komoditi berharga apabila ia dimiliki hampir semua orang.

“Ia membuatkan penilaian sebenar hanya mampu dibuat di pejabat, menyebabkan pekerjaan bertukar menjadi kesinambungan pengajian selepas kolej,” katanya.

Semalam dalam sidang media selepas melancarkan Pusat Penempatan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRDF), Saravanan dilaporkan berkata, pusat berkenaan merancang mewujudkan 50,000 peluang penempatan pekerjaan dan ruang untuk menjana pendapatan.

Isu gaji minimum adalah antara perkara giat diperjuangkan kesatuan pekerja di negara ini, berikutan jurang pendapatan yang terlalu ketara antara peringkat pengurusan dan pekerja bawahan.

Senario ini membawa kepada konflik sosio ekonomi, termasuk kewujudan golongan dikategorikan sebagai miskin bandar, apabila pendapatan diperoleh tidak mencukupi untuk mereka meneruskan kelangsungan hidup.

Saravanan juga dipetik sebagai berkata, kelembapan ekonomi dikenal pasti sebagai antara faktor yang membuatkan gaji ditawarkan kepada graduan menjadi semakin rendah.

“Lebih baik kita terima gaji sedia ada, daripada langsung tidak memiliki pekerjaan dan menjadi penganggur,” katanya.

Sebelum ini dalam satu laporan, Jabatan Perangkaan melaporkan bahawa majoriti graduan menerima anggaran gaji bulanan antara RM1,001 hingga RM1,500 berbanding purata RM2,001 hingga RM2,500 yang direkodkan pada 2019.

Ironinya, Saravanan adalah menteri kabinet yang menerima gaji bulanan tertinggi iaitu RM143,628.55, dan jumlah itu mengatasi barisan anggota kabinet lain, termasuk Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Pendedahan itu pernah menimbulkan kontroversi sedikit masa dahulu, apatah lagi dengan kewujudan kerajaan Perikatan Nasional (PN) yang dianggap terhasil daripada rampasan kuasa atau kudeta dari tangan Pakatan Harapan (PH). - Getaran, 7 April 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Kadar Baharu Kenaikan Gaji Penjawat Awam Diumum Sebelum Pembentangan Belanjawan 2025 - Anwar

2

Semasa 2 bulan yang lalu

Langkah Kerajaan Laksana Subsidi Bersasar, Skim Baharu Gaji Penjawat Awam Berdasarkan Prinsip - Fahmi

3

Semasa 3 bulan yang lalu

Kedah Agro: Kami Cuma Mahu Gaji, Bukan Nak Jatuhkan Sesiapa

4

Pendidikan 4 bulan yang lalu

Strategi Baharu Akan Dirangka Pastikan Bakat TVET Relevan - Steven Sim

Sorotan

1

Perlu Berani Tonjol Akhlak Islam Santuni Penganut Agama Lain – Anwar

2

Wanita Maut Ditelan Ular Sawa Di Sulawesi Selatan

3

Projek KIGIP Beri Limpahan Ekonomi, Selesaikan Isu Air Penduduk Sungai Bakap - Joohari

4

Bertrand, Nur Shazrin Pembawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Paris

5

Pemain Badminton China Zhang Zhi Jie Meninggal Dunia Selepas Rebah Di Gelanggang

Disyorkan untuk anda

Politik 7 jam yang lalu

‘Tak Mungkin Ada Kerjasama Antara PAS Dan UMNO’ - Ahmad Zahid

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Harimau Belang Mati Dilanggar Kereta Diawet – PERHILITAN

Semasa 1 hari yang lalu

SPRM Tahan Pengarah Syarikat Disyaki Buat Tuntutan Palsu RM527,375

Semasa 17 jam yang lalu

Tragedi Cari Lokan: Kanak-Kanak Maut Terjatuh Tasik