web statsweb stats

Berita Terkini

2 hari yang lalu: PRK Mahkota: BN pertahan kerusi, menang dengan majoriti 20,648 undi - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,352 - SPR 1 bulan yang lalu: PRK Nenggiri: BN menang dengan majoriti 3,355 undi (TAK RASMI) 5 bulan yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 5 bulan yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut

IKUTI KAMI


Penunggang 'Syok' Layan Superman Ditahan Polis

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Aug 2022 5:47PM

Seorang remaja yang melakukan aksi Superman telah ditangkap polis berhampiran Plaza Tol Jabor. - Tangkapan layar dari video tular di media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tindakan seorang remaja yang melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal mengundang padah apabila dia ditahan polis berhampiran Plaza Tol Jabor, Lebuhraya Pantai Timur 1 (LPT1), semalam. 

Rakaman aksi tersebut tular di media sosial, yang memaparkan remaja itu ‘syok’ melakukan aksi berbahaya, tanpa menyedari kehadiran polis. 

Lebih menarik perhatian, aksi remaja berkenaan turut dirakam oleh seorang anggota polis trafik yang sedang duduk di bahagian penumpang hadapan sebuah kereta peronda.

Mengesahkan perkara itu, Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintendan Hanyan Ramlan berkata, suspek yang berumur 18 tahun ditahan selepas dikesan melakukan aksi ‘Superman’. 

Menurut beliau, dia yang menetap di Bandar Jengka, Pahang turut melakukan aksi 'zig-zag' sewaktu perbuatannya dirakam kira-kira jam 10.30 pagi.

“Remaja ini melakukan aksi ‘Superman’ dan zig-zag dari lorong kanan jalan ke lorong kiri secara berulang kali sejauh kira-kira dua kilometer.

“Polis telah mengarahkan suspek yang menunggang motosikal EX5 supaya berhenti, namun dia enggan dan terus memecut laju menghala ke Plaza Tol Jabor,” katanya hari ini. 

Hanyan berkata, polis mengekori suspek namun lelaki tersebut membuat pusingan U dan memecut laju melawan arus ke arah Kuantan, Pahang sebelum sekali lagi melakukan perkara sama ketika menghala ke Plaza Tol Jabor.

Beliau berkata, ketika melarikan diri, motosikal ditunggang suspek terbabas sendiri kira-kira 50 meter dari Plaza Tol Jabor, menyebabkan dia mengalami kecederaan ringan pada bahagian dagu.

"Suspek kemudian berjaya ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kemaman untuk siasatan lanjut. 

"Dia disiasat di bawah Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. Ujian saringan air kencing pula mendapati suspek negatif dadah,” katanya. 

Sementara itu menjengah ke ruangan komen di Facebook, gelagat suspek disergah oleh polis nyata mencuit hati majoriti netizen.

"Aku takut dia terlelap je, sedap baring kena angin," kata Zupi Bakhtiar. 

"Nasib lah abang polis tegur, takut terlelap. Sedar-sedar atas katil hospital," kata pula Hasnizam Hashim.

"Dia ini tak berlumba, cuma penat badan ditolak angin, itulah masalahnya kalau naik motosikal jalan jauh. Apa pun, salah tetap salah, tak tahulah apa nasibnya kena saman atau tidak," luah Mofaz AJ. - Getaran, 28 Ogos 2022. 




 

Sorotan

1

Tabung Kasih@HAWANA: Fahmi Santuni Editor Sambilan NST

2

Abang Bas Didakwa Lagi, Hantar Komen Jelik Di TikTok

3

Suasana Meriah Raikan Kepulangan Atlet Paralimpik Paris 2024

4

Sukan Paralimpik 2024 Labuh Tirai Dalam Suasana Fiesta Paris

5

Indonesia Tegas Komitmen Perkukuh Hubungan Pertahanan Dengan Malaysia

6

Paris 2024: Latif Romly Diharap Sumbang Emas Ke-3 Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

3 Maut, 5 Cedera Nahas 7 Kenderaan

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Gesa Pelantikan Utusan Khas PBB Untuk Tangani Islamofobia, Seru Toleransi Global

Semasa 1 hari yang lalu

Mangsa Banjir Di Kedah Meningkat 451 Orang Pagi Ini

Politik 1 hari yang lalu

Undi Cina Meningkat Di PRK Mahkota, Terima Kasih Tiong King Sing!

oleh Sophia Ahmad